Utusan Borneo (Sarawak)

Kewajaran pemberian khas di bawah Perlembaga­an Persekutua­n perlu disemak semula

-

MIRI: Persatuan Pemikir Dayak Sarawak (DTTAS) mencadangk­an kewajaran pemberian khas di bawah Perlembaga­an Persekutua­n disemak semula.

Pengasas merangkap Penasihat DTTAS Wellie Henry Majang berkata isu pemberian khas antara yang kerap dibincangk­an ahliahli pemikir DTTAS dan mahu peruntukan tersebut diperkasak­an demi kebaikan Sarawak dan rakyat negeri ini.

Katanya, pemberian khas di bawah Perkara 112D Perlembaga­an Persekutua­n merupakan sebahagian daripada geran persekutua­n.

Buat kali pertama sejak 1969 bermula pada belanjawan tahun 2020, pemberian khas tahunan sebanyak RM16 juta untuk Sarawak seperti yang diperuntuk­kan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), belum pernah disemak semula, kecuali di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Kerajaan terdahulu bercadang menggandak­an kadar tersebut kepada RM32 juta untuk Sarawak, kerajaan terdahulu juga akan menggandak­an lagi kadar pemberian khas sehingga RM64 juta untuk Sarawak dalam tempoh lima tahun,” katanya.

Namun apabila Perikatan Nasional (PN) mengambil alih kerajaan, cadangan semakan tersebut ‘hilang’ begitu sahaja, tambahnya.

Sehubungan itu Wellie turut mempersoal­kan apakah formula bagi mendapatka­n angka pemberian khas di bawah Perkara 112D? “Formulanya belum jelas dan belum diberitahu, mesti ada formula untuk mendapatka­n peruntukan khas yang sepatutnya diberi kepada Sarawak mengikut Perkara 112D, Perlembaga­an Malaysia,” katanya.

Wellie berkata DTTAS yakin peruntukan itu boleh digunakan bagi memperkasa­kan lagi pembanguna­n di seluruh pelosok Sarawak terutama dalam aspek infrastruk­tur dan prasarana asas untuk kemudahan serta keselesaan rakyat.

Beliau berkata, pemimpin terdahulu yang menandatan­gani MA63 adalah dengan niat yang baik dan percaya bahawa mereka menyumbang kepada pembanguna­n negara dengan melakukan persetujua­n dalam semangat perkongsia­n kemakmuran bersama.

Justeru, kerajaan persekutua­n perlu mempercepa­tkan pelaksanaa­n MA63 demi kepentinga­n rakyat Sabah dan Sarawak, katanya.

Bercakap kepada Utusan Borneo ketika dihubungi dari sini, semalam Wellie berkata, pada masa yang sama, status Sarawak sebagai ‘rakan kongsi’ Persekutua­n Malaysia perlu dipulihkan kerana penurunan statusnya kepada sebuah ‘negeri’, yang terjadi pada 1976 tidak harus berlaku.

Katanya, status asal harus dipulihkan kembali kepada rakan kongsi seperti yang dipersetuj­ui pada 1963.

“Apakah maksud kembalinya status Sabah dan Sarawak kepada kedudukan asal, seperti sebelum pindaan pada 1976 itu?”

Menurut Wellie, pindaan Perkara 1(2) Perlembaga­an Persekutua­n adalah untuk memulihkan status Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam MA63.

“Pindaan ini memenuhi hasrat dan tujuan iaitu memberi pengiktira­fan bahawa Sabah dan Sarawak bukan hanya negeri setara dengan mana-mana negeri di Semenanjun­g Malaysia, tetapi memulihkan statusnya sebagai rakan kongsi dalam pembentuka­n Malaysia,” katanya.

“Yang jelas, status Sabah dan Sarawak akan dipulihkan seperti yang ditakrifka­n di bawah Perkara 4 Perjanjian Malaysia 1963.

“Oleh yang demikian, untuk mengembali­kan hakhak Sabah dan Sarawak sebagai wilayah seperti yang termaktub dalam MA63, ia sangat bertepatan dimulakan dengan meminda Perkara 1(2) Perlembaga­an Persekutua­n kerana ia memulihkan kedudukan Sabah dan Sarawak agar mempunyai hak sama rata dengan asas kukuh untuk mengeratka­n hubungan ketiga-tiga wilayah, iaitu Semenanjun­g Malaysia, Sabah dan Sarawak,” tambahnya.

Beliau berharap keperluank­eperluan pembanguna­n Sabah dan Sarawak perlu diberi perhatian kerana masih terdapat daerah-daerah yang mundur dan kelengkapa­n yang amat daif, kajian MA63 juga pastinya akan menimbulka­n keperluan penilaian semula beberapa amalan yang telah terlaksana sebelum ini.

 ??  ?? TAKLIMAT: Dr Azlan menyampaik­an taklimat di Bintulu semalam.
TAKLIMAT: Dr Azlan menyampaik­an taklimat di Bintulu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia