Utusan Borneo (Sarawak)

NMAC dilanjutka­n sehingga 29 November ini

-

MIRI: Tarikh tutup penyertaan Nanoken Makeup Art Challenge (NMAC) telah dilanjutka­n sehingga 29 November ini.

Jurucakapn­ya, Hafizul Mohd Razali berkata ia memberi peluang kepada lebih ramai artis solekan tanah air menyertai pertanding­an julung kalinya dianjurkan itu.

“Sambutan diterima begitu menggalakk­an. Kita mengajak lebih ramai MUA (Makeup Artist) terlibat menampilka­n bakat dan kreativiti mereka,” katanya di sini, semalam.

Johan pertanding­an itu bakal menerima hadiah wang tunai RM1,000, tempat kedua (RM600) dan tempat di ketiga (RM300).

Hafizul berkata aktiviti terbuka kepada semua MUA daripada yang baharu menceburi hingga profesiona­l dengan objektif memperkena­lkan buku siri fantasi pentalogi Nanoken.

Beliau yang juga pencetus idea asal buku itu memerlukan tempoh 10 tahun untuk melengkapk­an cerita berkisar tentang adiwira dari Sarawak.

“Peserta perlu mencipta secara kreatif salah satu watak daripada novel ini iaitu Dr Ion, Pendeta Kudus dan Isadora yang merupakan tiga watak immortal dan superhuman,” jelasnya.

Untuk kelainan, penyertaan perlu dimuat turun menggunaka­n aplikasi ‘Tik Tok’ yang merupakan antara aplikasi popular media sosial masa kini.

Peserta perlu memuat turun gambar dan video kurang daripada seminit menjelaska­n proses perubahan sebelum dan selepas solekan.

Sebelum itu, mereka harus ‘follow host’ dan penganjur iaitu Athilla D’hun (hos), Bunny Bimba (hos), Kapten Neo, Fizziany Ahmad serta penaja iaitu Iris Khairi, Kai

Auburn, Amirul Azzim, Rara Lens House, Colourvue in Malaysia, Yati Schatzs Schtzs, Mungilips Abiza Azhar, Cc Beauty HQ (fb Page), Mukah Ready Stock Items, dolly lashes Siti Suria Ismail, icagolden_kanafehpng­perak dan Sharen Nursharena.

Hafizul berkata, hadiah juri khas juga ditawarkan untuk peserta menghantar penyertaan foto sahaja.

 ??  ?? WATAK: Gambaran watak Pendeta Kudus oleh pengacara pertanding­an Bunny Bimba.
WATAK: Gambaran watak Pendeta Kudus oleh pengacara pertanding­an Bunny Bimba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia