Utusan Borneo (Sarawak)

DAM hulur bantuan makanan, wang tunai kepada ibu tunggal

-

MIRI: Persatuan Dayak Miri (DAM) semalam menyantuni seorang ibu tunggal, dengan menghulurk­an bantuan makanan dan wang tunai.

Ibu tunggal berkenaan, Florence Rita Ridi, 39, yang berasal dari Batu Lintang Klasin, Undup di Sri Aman kini terpaksa menganggur selepas berhenti bekerja di sebuah pasar raya d sini, kerana terpaksa menjaga anaknya berusia dua tahun yang menghidap penyakit asma.

Keadaan menjadi sukar bagi beliau selepas mendiang suaminya meninggal dunia pada 2019 akibat masalah jantung.

Sejak itu, Florence terpaksa menjaga dan menyekolah­kan lima anaknya yang lain seorang diri, dengan mengambil upah bekerja di sebuah pasar raya, namun hanya bertahan selama 10 bulan sahaja kerana menjaga anak bongsunya yang menghidap penyakit asma yang agak serius, memerlukan perhatian lebih.

Ketua Biro Kebajikan DAM

Rabi Impen, memberitah­u Utusan Borneo, lima lagi anak lelaki Florence yang lain berusia 20 hingga tujuh tahun dan masih belajar.

Anak sulungnya berusia 20 tahun, kini menuntut di Politeknik di Kuching serta berharap untuk pulang ke Miri pada 29 November ini, semasa cuti semester.

Beliau kini dalam semester kelima pengajian kejurutera­an dan merancang menyambung pengajian ke peringkat ijazah.

Anak keduanya masih belajar di tingkatan lima, manakala ketiga di tingkatan tiga, anak keempat dan kelima masingmasi­ngnya dalam tahun tiga dan tahun satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Lepong Ajai.

Menurut Rabi, DAM yang mengunjung­i keluarga itu di Senadin semalam, menyampaik­an sumbangan berupa bekalan makanan dan wang tunai (termasuk yang disumbangk­an oleh ahli-ahli persatuan).

Sumbangan disampaika­n oleh Presiden DAM Wilfred

Mac sambil disaksikan Rabi.

Pada masa ini keluarga tersebut tinggal di bilik sewa di tingkat atas sebuah rumah kedai di Senadin (atas Easy Dobi) pada kadar RM250 sebulan secara kontrak selama dua tahun.

Bilik sewa yang hanya memuatkan sebuah bilik berserta bilik air manakala dapur pula, terpaksa berkongsi dengan penyewa yang lain.

“Selain menghulurk­an bantuan kami turut membantu beliau mengisi borang untuk ibu tunggal bagi membolehka­n beliau mendapatka­n bantuan kerajaan kerana sebelum ini sudah beberapa kali beliau membuat permohonan namun ditolak setiap kali,” katanya.

Menurut Rabi, bagi orang awam yang ingin menyumbang dan membantu ibu tunggal ini mereka boleh menghubung­i Florence secara terus di 014-7246990, kerana amat memerlukan bantuan kewangan bagi menampung perbelanja­an dan persekolah­an anak-anaknya.

 ??  ?? BANTU: Wilfred (dua kanan) menghulurk­an sumbangan wang tunai daripada pihak DAM sambil disaksikan Rabi (kiri) dan seorang lagi ahli DAM.
BANTU: Wilfred (dua kanan) menghulurk­an sumbangan wang tunai daripada pihak DAM sambil disaksikan Rabi (kiri) dan seorang lagi ahli DAM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia