Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis Perbandara­n Pasir Gudang kini bertaraf Majlis Bandaraya

MBPG merupakan PBT ketiga dinaik taraf sebagai bandar raya: MB

-

ISKANDAR PUTERI: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengisytih­arkan Majlis Perbandara­n Pasir Gudang (MPPG) sebagai Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) berkuat kuasa, semalam.

Menteri Besar Datuk Ir Hasni Mohammad mengumumka­n perkara itu kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Bersama Warga Kerja MBPG, di Kota Iskandar, di sini, sekali gus menyerahka­n Watikah Pengisytih­aran MBPG kepada Datuk Bandar Pasir Gudang, Asman Shah Abdul Rahman.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Azmi Rohani dan Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Ayub Jamil.

Hasni berkata, MBPG merupakan pihak berkuasa tempatan (PBT) ketiga dinaik taraf sebagai bandar raya selepas Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) pada 1994 dan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) pada 2017.

“Kepesatan pembanguna­n Pasir Gudang sebagai sebuah bandar industri dan pelabuhan dengan memiliki dua pelabuhan bertaraf antarabang­sa dan kemudahan prasarana menyeluruh yang mengutamak­an kesejahter­aan rakyat serta lengkap memenuhi syarat keperluann­ya, maka, adalah wajar Pasir Gudang mendapat pengiktira­fan dan status sebagai sebuah bandar raya,” katanya.

Menurut Hasni, kawasan pentadbira­n MBPG yang berkeluasa­n 35,956 hektar yang meliputi Mukim Tiram dan sebahagian Mukim Plentong itu menempatka­n seramai 533,868 orang dengan majoriti penduduk Melayu sebanyak 66 peratus, Cina dan India masing-masing 11 peratus manakala lain-lain sebanyak dua peratus.

“Jumlah pegangan harta

“Kepesatan

pembanguna­n Pasir Gudang sebagai sebuah bandar industri dan pelabuhan dengan memiliki dua pelabuhan bertaraf antarabang­sa dan kemudahan prasarana menyeluruh yang mengutamak­an kesejahter­aan rakyat serta lengkap memenuhi syarat keperluann­ya, maka, adalah wajar Pasir Gudang mendapat pengiktira­fan dan status sebagai sebuah bandar raya.

Datuk Ir Hasni Mohammad

Menteri Besar Johor

ialah sebanyak 90,758 dengan anggaran hasil sebanyak RM127.2 juta setahun.

“Sehingga 31 Disember lepas, MPPG telah berjaya mengutip cukai taksiran semasa sebanyak RM103,132,089 (85.6 peratus) daripada RM120,458,033 manakala bagi kutipan tunggakan cukai taksiran pula sebanyak RM18,925,282 (61.1 peratus) berjaya dikutip daripada jumlah tunggakan keseluruha­n RM30,967,097,” katanya.

Beliau berkata, jumlah keseluruha­n hasil yang dikutip termasuk cukai, bukan cukai dan terimaan bukan hasil sehingga Disember lepas berjumlah RM182.7 juta manakala hingga bulan lepas berjumlah RM160.3 juta.

Selain itu, perjawatan di MPPG juga terus berkembang dengan mempunyai sumber manusia seramai 541 orang termasuk 203 orang bertaraf kontrak.

“Kerajaan negeri Johor merafak sembah takzim dan menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor atas perkenan yang diberikan dan semoga dengan pemasyhura­n itu, pembanguna­n Pasir Gudang dan lokaliti sekitarnya terus diperkasak­an menerusi sistem penyampaia­n perkhidmat­an bertaraf dunia,” katanya.

Sementara itu, Asman Shah yang sebelum ini merupakan Pegawai Daerah Mersing berkata beliau akan menumpukan isu keselamata­n dan kesejahter­aan penduduk di kawasan pentadbira­nnya.

“Fokus saya ialah untuk menjadikan Pasir Gudang sebagai sebuah bandar industri yang selamat dan lestari untuk didiami pendudukny­a.

“Selain itu, saya juga akan memberikan tumpuan kepada aspek kemasyarak­atan termasuk menjamin kelangsung­an 16 kampung tradisi yang berada dalam kawasan berkenaan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERNIAGA: Asmawi menjalanka­n perniagaan­nya seperti biasa bagi meneruskan kelangsung­an hidup meskipun kehadiran pengunjung berkuranga­n berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikenakan ketika tinjauan di Pekan Rantau Panjang, Pasir Mas kelmarin. Pekan Rantau Panjang yang dahulunya meriah dan menjadi tumpuan utama pelancong untuk membeli-belah kini menjadi seakan-akan‘pekan koboi’sebaik sahaja PKPB dilaksanak­an bermula kelmarin.
— Gambar Bernama BERNIAGA: Asmawi menjalanka­n perniagaan­nya seperti biasa bagi meneruskan kelangsung­an hidup meskipun kehadiran pengunjung berkuranga­n berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikenakan ketika tinjauan di Pekan Rantau Panjang, Pasir Mas kelmarin. Pekan Rantau Panjang yang dahulunya meriah dan menjadi tumpuan utama pelancong untuk membeli-belah kini menjadi seakan-akan‘pekan koboi’sebaik sahaja PKPB dilaksanak­an bermula kelmarin.
 ?? — Gambar Bernama ?? PENYERAHAN: Hasni menyerahka­n watikah pengisytih­aran Majlis Perbandara­n Pasir Gudang kepada Asman (dua kanan) pada majlis yang diadakan di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, Iskandar Puteri semalam. Hadir sama Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Ayub Jamil (kanan) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Azmi Rohani (kiri).
— Gambar Bernama PENYERAHAN: Hasni menyerahka­n watikah pengisytih­aran Majlis Perbandara­n Pasir Gudang kepada Asman (dua kanan) pada majlis yang diadakan di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, Iskandar Puteri semalam. Hadir sama Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Ayub Jamil (kanan) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Azmi Rohani (kiri).
 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN: Sulaiman (kiri) mendengar penerangan situasi banjir oleh Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah Melaka Tengah, Kapt (PA) Awang Bohari Awang Ahet (kanan) sebelum melawat mangsa banjir yang ditempatka­n di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Ayer Molek di Melaka, semalam. Berdasarka­n rekod Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka Tengah, sehingga 11 pagi semalam, sebanyak 93 mangsa daripada 26 keluarga ditempatka­n di PPS Ayer Molek.
— Gambar Bernama LAWATAN: Sulaiman (kiri) mendengar penerangan situasi banjir oleh Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah Melaka Tengah, Kapt (PA) Awang Bohari Awang Ahet (kanan) sebelum melawat mangsa banjir yang ditempatka­n di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Ayer Molek di Melaka, semalam. Berdasarka­n rekod Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka Tengah, sehingga 11 pagi semalam, sebanyak 93 mangsa daripada 26 keluarga ditempatka­n di PPS Ayer Molek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia