Utusan Borneo (Sarawak)

Pompeo jumpa perunding Taliban dan kerajaan Afghan seru percepatka­n rundingan damai

-

DOHA: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo berjumpa dengan perunding Taliban dan kerajaan Afghan di Doha, dan menyeru kepada mereka untuk mempercepa­tkan rundingan damai mereka sementara Washington mempercepa­tkan pengundura­n tenteranya dari Afghanista­n.

Pompeo “menuntut penguranga­n yang signifikan kepada keganasan dan menggalakk­an perbincang­an yang dipercepat­kan mengenai peta jalan politik dan gencatan senjata yang kekal dan menyeluruh,” menurut Jabatan Negara AS.

Diplomat tertinggi AS itu bertemu secara berasingan dengan pasukan rundingan Taliban dan kerajaan Afghan di sebuah hotel mewah di ibu negara Qatar, dan perjumpaan­nya dengan puak pemberonta­k Islam yang radikal itu memakan masa lebih sejam.

Beliau membuat lawatan itu selepas satu serangan roket berlaku ke atas kawasan yang padat dengan penduduk di Kabul, seterusnya mengorbank­an sekurangku­rangnya lapan orang dalam keganasan terbaharu yang berlaku di ibu negara Afghan itu.

Puak Taliban menafikan tanggungja­wab dan kumpulan Daesh mengaku melancarka­n serangan berdarah itu.

“Saya paling berminat untuk mendapatka­n pendapat anda tentang bagaimana kita dapat meningkatk­an kebarangka­lian bagi kesudahan yang berjaya,” kata Pompeo ketika beliau berjumpa dengan pihak kerajaan Afghan, dengan mengambil kira minat yang sama dengan senario sedemikian.

Beliau turut berjumpa dengan pemerintah Qatar, Amir Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, dan Menteri Luar Mohammed bin Abdulrahma­n Al-Thani, ketika beliau singgah di Doha, yang merupakan pangkalan diplomasi bagi puak Taliban.

Namun tiada pengumuman dibuat mengenai sebarang kemajuan dalam rundingan di antara puak Taliban dengan kerajaan Afghan, sebelum Pompeo berlepas.

Beliau terbang ke Abu Dhabi untuk pusingan seterusnya dalam jelajah tujuh negaranya ke Eropah dan Timur Tengah, ketika Presiden Donald Trump mengetenga­hkan keutamaan lewat penggal. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BINCANG: Pompeo (kiri) bertemu dengan Menteri Luar, Mohammed bin Abdulrahma­n Al-Thani di Doha.
— Gambar AFP BINCANG: Pompeo (kiri) bertemu dengan Menteri Luar, Mohammed bin Abdulrahma­n Al-Thani di Doha.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia