Utusan Borneo (Sarawak)

Feri dari Finland terdampar sepanjang malam bersama 430 penumpang

-

STOCKHOLM: Sebuah feri penumpang terdampar kelmarin berhampira­n pulau-pulau antara Sweden dan Finland, menyebabka­n hampir 430 penumpang dan kru terkandas sepanjang malam, kata pemiliknya dari Finland dan pasukan pengawal pantai.

Kapal ‘Grace’ milik The Viking Line, yang belayar di antara pelabuhan Turku di Finland dengan ibu negara Sweden, Stockholm, terlanggar batu kira-kira jam 1415 petang (waktu tempatan) sejurus sebelum ia singgah di Mariehamn, di kepulauan Aland, kata pengawal pantai Finland.

Ia berkata punca nahas tidak segera diketahui tetapi ribut kuat bertiup di kawasan kejadian.

“Tiada kebocoran air dan tiada ancaman segera” kepada penumpang, kata pengawal pantai dalam Twitter.

Di atas kapal terbabit terdapat seramai 331 penumpang dan 98 kru, kata seorang jurucakap Viking Line kepada AFP.

“Penumpang perlu bermalam di atas kapal dan turun pada Ahad,” kata jurucakap itu. “Situasi kapal adalah stabil. Pada Ahad, kita akan memberitah­u penumpang kapal mana yang mereka dapat naiki untuk kembali ke Sweden dan Finland.”

Penyelam memeriksa badan kapal untuk menentukan bagaimana untuk mengembali­kan operasi kapal.

“Situasi di atas kapal adalah tenang dan makanan malam sedang dihidang,” kata syarikat berkenaan kepada AFP sekitar 1700 GMT.

Disebabkan oleh amaran taufan, syarikat itu berkata ia telah memutuskan untuk menggunaka­n kapal ‘Grace’ dan bukan kapal yang lebih kecil dan kurang kukuh.

Pada September lalu, sebuah lagi feri Viking Line, Amorella, terkandas tidak jauh dari kepulauan Aland yang sama dan penumpang terpaksa dikeluarka­n. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TERDAMPAR: Kapal ‘Grace’ milik The Viking Line dilihat terdampar di Mariehamn, di kepulauan Aland di Finland.
— Gambar AFP TERDAMPAR: Kapal ‘Grace’ milik The Viking Line dilihat terdampar di Mariehamn, di kepulauan Aland di Finland.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia