Utusan Borneo (Sarawak)

Pesawat ringan mendarat cemas di Lebuh Raya PLUS dekat Sedenak

Pesawat jenis Beechcraft Bonanza F35 mengalami kerosakan enjin

-

KULAI: Sebuah pesawat ringan jenis Beechcraft Bonanza F35 mendarat cemas di laluan kecemasan di Km47.8 Lebuhraya UtaraSelat­an arah selatan, di Sedenak, dekat Kulai, pagi semalam, selepas mengalami kerosakan enjin.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata, kejadian berlaku pada jam 11.05 pagi ketika pesawat dikendalik­an juruterban­g Dr Yang Kuang Ying, 52, dan pembantu juruterban­g Saleehulla­h Abdul Majid, 41, kedua-duanya rakyat Singapura, sedang melakukan penerbanga­n bagi melengkapk­an rekod penerbanga­n rutin.

“Mereka berlepas dari Lapangan Terbang Seletar, Singapura pada 10.50 pagi ke Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka.

“Kejadian kegagalan enjin pesawat kemudian berlaku pada 11.05 pagi ketika mereka dalam perjalanan pulang, iaitu ketika di kawasan Simpang Renggam, pada ketinggian 5,000 kaki,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai, di sini semalam.

Tok berkata, kejadian menyebabka­n juruterban­g berpengala­man 12 tahun dengan rekod penerbanga­n 480 jam dan pembantuny­a itu membuat keputusan mendarat cemas sebelum berjaya mendaratka­n pesawat terbabit tanpa menyebabka­n kerosakan pada pesawat mahupun kecederaan ke atas mereka.

Beliau berkata, berdasarka­n keterangan juruterban­g itu, pesawat tersebut dimilikiny­a dan mereka mendapat kebenaran daripada Jabatan Penerbanga­n Awam (DCA) untuk melakukan penerbanga­n rutin berkenaan tanpa memerlukan surat rentas negara.

“Mereka sebenarnya telah berjaya melakukan penerbanga­n pusingan pertama pada awal pagi tadi (semalam) ke lokasi sama, dan kejadian kegagalan enjin pesawat itu berlaku ketika pusingan kedua penerbanga­n, iaitu dalam penerbanga­n balik dari Lapangan Terbang Batu Berendam ke Lapangan Terbang Seletar,” katanya.

Menurut Tok, kes berkenaan diserahkan kepada DCA untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Renggam Penolong Penguasa Bomba Asyraf Nur Mohd Yusoff berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada PLUS Ronda dan polis trafik Kulai berhubung perkara tersebut sebelum 10 anggota dan sebuah jentera digegaskan ke lokasi.

“Kejadian

kegagalan enjin pesawat kemudian berlaku pada 11.05 pagi ketika mereka dalam perjalanan pulang, iaitu ketika di kawasan Simpang Renggam, pada ketinggian 5,000 kaki.

Supt Tok Beng Yeow

Ketua Polis Daerah Kulai

Asyraf Nur berkata, ketika tiba di lokasi pada 11.32 pagi, terdapat sebuah pesawat ringan telah membuat pendaratan cemas di laluan kecemasan di sebelah kiri lebuh raya berkenaan sehingga menyebabka­n berlaku kesesakan jalan raya.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati pesawat tersebut tidak mengalami kebakaran manakala dua juruterban­g tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Tindakan awal yang kita ambil bersama anggota polis ialah membantu menolak pesawat ringan tersebut yang menghalang laluan sebelah kiri lebuh raya berkenaan dari laluan kecemasan tempat mendarat ke kawasan lapang atas rumput (kira-kira 100 meter) di tepi lebuh raya bagi memastikan kelancaran aliran trafik,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ROSAK: Kelihatan pesawat ringan mengalami kerosakan enjin menyebabka­n punca pesawat ringan jenis Beechcraft Bonanza mendarat cemas di KM47.8 Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan dekat Kulai semalam. Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbanga­n Awam Malaysia (CAAM) Kapten Chester Voo berkata, pesawat persendiri­an yang dikendalik­an Premier Air Singapore itu sedang dalam penerbanga­n dari Senai ke Melaka semasa kejadian. “Menara Kawalan Trafik Udara CAAM Johor menerima panggilan pada 10.40 pagi daripada juruterban­g pesawat yang memohon untuk berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Senai, Johor Bahru oleh kerana menghadapi masalah teknikal,” katanya dalam kenyataan.
— Gambar Bernama ROSAK: Kelihatan pesawat ringan mengalami kerosakan enjin menyebabka­n punca pesawat ringan jenis Beechcraft Bonanza mendarat cemas di KM47.8 Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan dekat Kulai semalam. Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbanga­n Awam Malaysia (CAAM) Kapten Chester Voo berkata, pesawat persendiri­an yang dikendalik­an Premier Air Singapore itu sedang dalam penerbanga­n dari Senai ke Melaka semasa kejadian. “Menara Kawalan Trafik Udara CAAM Johor menerima panggilan pada 10.40 pagi daripada juruterban­g pesawat yang memohon untuk berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Senai, Johor Bahru oleh kerana menghadapi masalah teknikal,” katanya dalam kenyataan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia