Utusan Borneo (Sarawak)

MyBHA Langkawi tawar harga penginapan pada kadar menarik

-

LANGKAWI: Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBHA) Langkawi menawarkan harga penginapan serendah RM50 satu malam bagi menarik pelancong yang dijangka kembali ke pulau peranginan itu susulan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kelmarin.

Pengerusi MyBHA Cawangan Langkawi Datuk Noorazly Rosly berkata, diskaun itu diberikan oleh 70 ahli persatuan yang rata-rata terjejas teruk susulan pelaksanaa­n PKPB itu.

“Tawaran ini pernah diberikan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) namun ekoran pelaksanaa­n PKPB, tempahan banyak dibatalkan, bagaimanap­un kita terus melanjutka­n tawaran seperti dalam tempoh PKPP,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Orang ramai yang merancang untuk bercuti ke pulauitubo­lehmelayar­ilaman sesawang https://golangkawi. com.my/ untuk melihat harga bilik penginapan yang ditawarkan, katanya.

Beliau turut menyifatka­n keputusan kerajaan menamatkan PKPB di Kedah lebih awal daripada yang dijadualka­n iaitu 6 Disember ini sebagai sesuatu yang amat positif kepada sektor pelanconga­n dan ekonomi Langkawi.

Sementara itu, pengurus Warisan Saju Enterprise Normilawat­i Noor Muhamad, 41, berkata penamatan PKPB tersebut diharap dapat menggerakk­an semula perusahaan produk berasaskan gamat milik keluargany­a.

“Pengusaha ubat tradisiona­l di Langkawi ketika ini ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila pelancong atau pelanggan dari luar tak boleh masuk dalam tempoh PKPB. Industri ini hampir 100 peratus mengharapk­an orang luar, memang ada penduduk setempat yang beli produk berasaskan gamat tetapi bukan dalam kuantiti yang banyak.

“Selain tiada pelancong, pemborong juga tidak dapat masuk berikutan pergerakan yang terbatas, ini juga memberi kesan kepada perniagaan kami. Saya amat berterima kasih dengan keputusan kerajaan menamatkan PKPB di Kedah, ini akan bantu kami bangkit semula selepas terjejas teruk akibat pandemik COVID-19,” katanya.

Jumaat lepas, Menteri Kanan Kluster Keselamata­n Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumka­n penamatan PKPB berkuat kuasa 21 November di Kedah (kecuali di daerah Kulim), Melaka, Johor dan Terengganu, lebih awal berbanding 6 Disember yang diumumkan sebelum ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia