Utusan Borneo (Sarawak)

Banjir di Kampung Pasir Tampoi kedua terburuk selepas 2006

-

JOHOR BAHRU: Banjir kilat yang melanda Kampung Pasir, Tampoi, di sini kelmarin disifatkan kejadian kedua terburuk selepas kejadian banjir pada 2006.

Ketua Kampung Pasir Azmi Misni berkata dianggarka­n antara 250 sehingga 300 rumah di Kampung Pasir yang meliputi Kampung Pengkalan Rinting, Kampung Seri Jaya, Kampung Seri Jaya Baru, Kampung Seri Serdang, Kampung Seri Serdang Baru dan Taman Tampoi Utama terjejas.

“Air naik mendadak kirakira 20 minit sehingga paras pinggang...orang kampung pun tidak jangka begitu pantas. Boleh dikatakan banjir kali ini kedua paling teruk selepas banjir besar yang melanda di seluruh negara dan kampung ini pada 2006 yang menyebabka­n air naik sehingga dua meter,” katanya kepada Bernama.

Menurutnya, sebahagian penduduk kampung juga masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) sebagai langkah berjaga-jaga kerana dijangkaka­n akan berlaku air pasang besar kira-kira jam 4 petang ini (semalam).

Beliau dalam masa sama berharap pihak berwajib dapat memantau kawasan kampung itu sekerap mungkin terutama ketika musim hujan lebat.

“Kita juga meminta pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk membuat sistem pam automatik, jadi bila air naik pada paras tertentu, pam akan hidup...kerana sekarang ini pam adalah secara manual,” katanya.

Sementara itu seorang peniaga yang menjual daging kambing dan kuih-muih sejuk beku Mohd Aminuddin Mohd Sarip, 34, berkata beliau kerugian kira-kira RM1,000 apabila van dan peti ais yang digunakan untuk berniaga rosak ditenggela­mi air.

Katanya, rumahnya dinaiki air secara mendadak dengan ketinggian kira-kira 1.5 meter menyebabka­n dia sekeluarga tidak sempat berbuat apa-apa.

“Banjir kali ini memang tidak dapat dijangka sebab air naik terlalu pantas, ketika kejadian pula saya berada di luar daerah atas urusan kerja, hanya ibu dan adikadik berada di rumah,” kata anak sulung daripada tujuh beradik itu.

Mohd Aminuddin bagaimanap­un berkata dia masih bernasib baik kerana semua makanan sejuk beku yang disimpan tidak terjejas dan rosak dalam kejadian itu.

Tinjauan Bernama mendapati air di kawasan kampung mulai surut.

Bagaimanap­un, rata-rata penduduk di kampung berkenaan dilihat membersihk­an rumah masing-masing dan mengambil langkah berjagajag­a dengan mengangkat perabot dan mengeluark­an barangan berharga berikutan keadaan cuaca petang semalam yang kembali hujan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KEDUA TERBURUK: Suri rumah, Suhaida Majid, 51, (kanan) membersihk­an barang rumah akibat banjir kilat kelmarin ketika tinjauan di Kampung Pasir di Johor Bahru, semalam.
— Gambar Bernama KEDUA TERBURUK: Suri rumah, Suhaida Majid, 51, (kanan) membersihk­an barang rumah akibat banjir kilat kelmarin ketika tinjauan di Kampung Pasir di Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia