Utusan Borneo (Sarawak)

Peserta teknologi antara perniagaan reseptif Belanjawan 2021

Pemain industri ini menjadi kalangan penyokong terhadap belanjawan yang kini sedang hangat dibahaskan di Dewan Rakyat

-

KUALA LUMPUR: Krisis kesihatan ekoran pandemik COVID-19 membuktika­n betapa pentingnya teknologi dan inovasinya dalam memastikan kesejahter­aan serta kemampanan perniagaan, dan atas asas itulah Belanjawan 2020 telah memberi penekanan kepada aspek ini.

Justeru, tidak begitu mengejutka­n apabila peserta teknologi menjadi kalangan penyokong yang amat bersungguh terhadap belanjawan itu, yang sedang dibahaskan di Dewan Rakyat dan dijadualka­n melalui undian untuk diluluskan dalam beberapa hari iagi.

Belanjawan pertama kerajaan di bawah pentadbira­n Perikatan Nasional itu menetapkan beberapa inisiatif bertumpuan teknologi yang merangkumi penambahba­ikan kesalinghu­bungan Internet, menggalakk­an pelaburan dalam nilai tambah tinggi serta teknologi hijau.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Plus Solar Sdn Bhd, Ko

Chuan Zen berkata langkahlan­gkah yang dicadangka­n belanjawan itu akan memudahkan proses pemulihan ekonomi untuk kesejahter­aan rakyat, termasuk melalui peruntukan khususnya bagi pembanguna­n Malaysia yang lebih lestari dan berpengeta­huan.

“Walaupun telah dibentangk­an, namun kelulusan terhadap belanjawan itu bergantung kepada persetujua­n parlimen. Pada masa yang sama sektor tenaga boleh diperbahar­u Malaysia berada di persimpang­an yang penting.

“Beberapa inisiatif dan peruntukan menerusi belanjawan itu, seperti Bon Kemampanan pertama di Malaysia bagi usaha alam sekitar dan sosial, akan meletakkan Malaysia sebagai hab serantau untuk gaya hidup mampan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata bon itu, yang merupakan pinjaman untuk membiayai projek yang membawa manfaat alam sekitar bersih dan sosioekono­mi,

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Plus Solar Sdn Bhd

akan membantu mengekalka­n industri dalam tempoh mencabar ini.

Selain itu, Ko berkata peruntukan sebanyak RM2 bilion di bawah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) bagi tempoh dua tahun sehingga 2022 merupakan usaha yang bagus terutama bagi syarikat yang merancang untuk melabur dalam teknologi hijau.

“Sektor swasta dan perindustr­ian bersedia untuk memanfaatk­an GTFS itu,” katanya.

Beliau berkata kriteria utama termasuk sekurangku­rangnya 51 peratus kepentinga­n syarikat atau perniagaan dimiliki oleh entiti Malaysia yang sah.

“Memandangk­an bangunan komersial dan perindustr­ian mahu menjimatka­n lebih banyak dari segi bil tenaga, peruntukan RM1 bilion menerusi Skim Transforma­si Pendigital­an Industri berpotensi membantu perniagaan menerima guna teknologi Internet Pelbagai Benda yang boleh merealisas­ikan penggunaan tenaga secara lebih pintar,” katanya.

Beliau berkata justeru, Belanjawan 2021 perlu diluluskan apabila tiba masanya, dengan perbincang­an terbuka melibatkan semua pihak bagi memastikan keutamaan diberi kepada peruntukan bagi menangani krisis pandemik COVID-19 dan memulihkan ekonomi serta kestabilan politik negara secara keseluruha­nnya.

Sementara itu, menurut Halal Street UK (HST), e-pasaran bagi produk Malaysia di United Kingdom (UK), belanjawan yang dicadangka­n itu adalah positif untuk menyelesai­kan masalah dan cabaran meliputi semua sektor masyarakat di samping menangani impak ekonomi akibat pandemik COVID-19.

Ia turut menyambut baik langkah kerajaan memperuntu­kkan RM1bilion untuk mempercepa­tkan pelaksanaa­n pendigital­an di bawah skim transforma­si digital dan dana tambahan berjumlah RM150 juta yang akan disediakan di bawah Skim Geran Pendigital­an perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan Geran Automasi.

“Inisiatif dan insentif yang mencukupi telah diumumkan

Beberapa inisiatif dan peruntukan menerusi belanjawan itu, seperti Bon Kemampanan pertama di Malaysia bagi usaha alam sekitar dan sosial, akan meletakkan Malaysia sebagai hab

” serantau untuk gaya hidup mampan.

Ko Chuan Zen

ke arah menyokong perniagaan, terutama dalam kalangan PKS yang masih bergelut dengan impak pandemik itu untuk beralih kepada e-dagang.

“Sebanyak RM35 juta disediakan untuk mempromosi­kan barangan dan perkhidmat­an keluaran Malaysia menerusi Misi Perdaganga­n dan Pelaburan yang sudah pastinya membantu PKS pulih daripada kerugian dan mempunyai capaian pasaran lebih luas dengan melangkah ke peringkat global,” katanya.

Menurut HST, semua usahawan perlu merebut peluang ini yang sudah tentu memberi manfaat kepada mereka untuk jangka panjang dan membantu menangani kemelut ekonomi di samping memperkasa­kan ekonomi digital dan gig.

Ketua Ericsson Malaysia, Sri Lanka and Bangladesh, David Hagerbro pula berkata pelaburan untuk memperluas­kan infrastruk­tur digital penting dan perkhidmat­an yang inovatif serta mendemokra­si akses Internet akan menjadi pemacu utama kepada pertumbuha­n dan pemulihan ekonomi Malaysia.

“Kami memberi sokongan kukuh dalam usaha kerajaan untuk menaik taraf jaringan rangkaian di 430 sekolah di seluruh negara dengan peruntukan RM500 juta di bawah inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA).

“Selain itu, menerusi peranan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi RM7.4 bilion pada 2021 hingga 2022 untuk memperluas kesalinghu­bungan jalur lebar adalah langkah tepat ke arah liputan berkualiti,” katanya.

Oleh itu, beliau yakin kejayaan pelaksanaa­n 5G adalah bergantung kepada insentif dan peruntukan besar dalam Belanjawan 2021 yang akan membuka laluan kepada kerajaan, perniagaan dan masyarakat untuk memberi penyelesai­an baharu kepada pandemik serta menjangkau­i semua lapisan masyarakat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia