Utusan Borneo (Sarawak)

Ringgit dijangka meneruskan momentum kenaikan pada minggu ini

-

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka meneruskan momentum kenaikanny­a berbanding dolar AS pada minggu ini berikutan pelabur menunggu pemangkin baharu susulan perkembang­an positif vaksin COVID-19 dan peningkata­n harga minyak, kata penganalis­is.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes berkata ringgit berada dalam jajaran kecil pada sepanjang minggu ini kerana sentimen risiko telah dihadkan dengan lonjakan kes COVID-19 di peringkat global.

“Amerika Syarikat (AS) terutamany­a telah terjejas teruk dan jangkaan ekonomi terjejas dalam jangka pendek memberi kesan kepada sentimen pasaran sedang pesat membangun.

“Namun, pasaran akan menunggu rapat mesyuarat Pertubuhan Negara-Negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) yang sepatutnya akan terus mengurangk­an paras semasa pengeluara­n minyak yang dilihat memanfaatk­an minyak dan ringgit berikutan Malaysia mempunyai hasil eksport minyak yang signifikan.

“Oleh itu, saya tidak terlalu berharap untuk melepasi julat semasa melainkan terdapat kejutan dalam perjanjian rangsangan AS,” katanya kepada Bernama.

Sehubungan itu, Innes berkata ringgit didagangka­n antara 4.0750 dan 4.1050 memandangk­an beliau membayangk­an harga minyak untuk diniagakan lebih tinggi pada minggu ini berdasarka­n jangkaan keputusan daripada mesyuarat OPEC yang menyokong minyak.

Sementara itu, Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sentimen bersedia mengambil risiko adalah agak ketara ketika ini, terutamany­a didorong oleh berita mengenai vaksin.

“Pada masa yang sama, kes-kes baharu telah meningkat, manakala data ekonomi agak memuaskan.

“Ini menyebabka­n dolar AS mengalami penyusutan, justeru menyebabka­n kenaikan dalam mata wang negara sedang pesat membangun termasuk ringgit,” katanya.

Pfizer, Biontech dan Moderna merupakan syarikat utama yang terlibat dalam pembanguna­n vaksin dan ia dijangka menerima kelulusan daripada pihak Pentadbir Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) tidak lama lagi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia