Utusan Borneo (Sarawak)

Perez lebih gemar memandu bersama pasukan elit F1

-

PARIS: Pemandu Formula Satu (F1) dari Mexico, Sergio Perez, berkata beliau lebih dari bersedia untuk memandu bersama pasukan elit F1 sekarang berbanding ketika satu tempoh hambar bersama pasukan McLaren pada 2013.

Perez, yang menamatkan perlumbaan Grand Prix Turki di tempat kedua, ketika ini tanpa tempat dalam mana-mana pasukan pada musim hadapan tetapi dikaitkan dengan slot milik Alex

Albon di pasukan Red Bull.

Albon masih belum disahkan untuk satu tahun lagi bersama pasukan dan beliau bergelut mencari prestasi sepanjang musim ini.

Prestasi Perez bersama pasukan semasanya, Racing Point, yang sebelum ini dikenali Force India, bermula selepas beliau digugurkan oleh McLaren selepas hanya satu musim. Beliau percaya beliau adalah calon lebih baik untuk tempat dalam pasukan elit sekarang.

“Pergi ke sana, ada banyak perkara yang tidak berhasil,” kata Perez ketika bercakap tentang penglibata­nnya di McLaren.

“Dan kemudian, mempunyai pengalaman tujuh tahun dalam pasukan yang berbeza, tahap kematangan, pengetahua­n dan pengalaman yang ada – saya adalah pemandu yang berbeza berbanding sebelum ini.”

Walaupun tidak menyertai dua perlumbaan kerana diuji positif koronaviru­s (COVID-19) pada awal musim, Perez ketika ini berada di tangga keempat keseluruha­n kategori pemandu.

Nico Hulkenberg, orang yang menggantik­an Perez untuk dua perlumbaan di Silverston­e, juga dilihat sebagai calon untuk satu tempat dalam pasukan Red Bull.

Namun Hulkenberg menolak pertalian dengan spekulasi itu pada minggu ini. — AFP

 ??  ?? PEREZ
PEREZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia