Utusan Borneo (Sarawak)

Atletico pastikan Barcelona semakin merana

-

MADRID: Atletico Madrid meningkatk­an peluang mereka untuk memenangi kejuaraan La Liga Sepanyol apabila menewaskan Barcelona 1-0, sekali gus memberikan lawan mereka permulaan musim liga terburuk dalam tempoh 29 tahun pada Sabtu.

Yannick Carrasco melakukan penyudah cantik selepas kesilapan pemain pertahanan Barca, Gerard Pique dan penjaga golnya, Marc-Andre ter Stegen tetapi Barca dan Lionel Messi, gagal bangkit pada perlawanan di Stadium Wanda Metropolit­ano.

Sebaliknya, Atletico mencatat kemenangan liga pertama ke atas Barcelona dalam tempoh 10 tahun, sekali gus meletakkan mereka tiga mata di hadapan Real Madrid, dengan kurang satu perlawanan dan berada di tangga kedua, berkongsi mata dengan pendahulu liga, Real Sociedad.

Ia juga menyebabka­n Barcelona tercicir ke tangga ke10 liga, dengan hanya mengumpul 11 mata dari lapan perlawanan pertama untuk rekod paling buruk mereka sejak musim 1991/1992.

“Seperti mana-mana jurulatih, saya bertanggun­gjawab,” kata jurulatih Barca, Ronald Koeman.

“Kami tahu kami harus memperbaik­i keputusan ini. Saya masih percaya dengan pemain yang saya ada.”

Real Madrid sebelum itu diikat 1-1 oleh Villarreal dan satu lagi keciciran mata mungkin memberikan gambaran bahawa ia adalah tahun untuk Atletico.

Ia juga melanjutka­n rekod tanpa kalah Atletico dalam liga kepada 24 perlawanan.

“Saya bimbang,” kata Koeman. “Banyak kerosakan telah berlaku di kelab.”

Di Villareal, Real Madrid terpaksa bertahan untuk keputusan seri.

Mariano Diaz meletakkan Real di hadapan seawal minit pertama tetapi rentak permainan mereka menurun dan ia membolehka­n Villarreal mengikat kedudukan menerusi penalti Gerard Moreno pada separuh masa kedua.

“Ia seperti ganjaran kecil kepada mereka,” kata jurulatih Real, Zinedine Zidane. “Kami selayaknya lebih banyak dari perlawanan ini. Saya terkilan dengan keputusan ini.”

Melihat dengan masalah ketiadaan pemain utama, keputusan seri mungkin tidak terlalu merisaukan Zidane.

Tetapi satu lagi keciciran mata bermakna Real hanya menang tiga dari tujuh perlawanan terakhir dalam semua pertanding­an dan akan menentang Inter Milan pada perlawanan Liga Juara-Juara Rabu ini. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MENCABAR: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan La Liga Sepanyol di antara Atletico Madrid dan Barcelona di Stadium Wanda Metropolit­ano di Madrid.
— Gambar AFP MENCABAR: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan La Liga Sepanyol di antara Atletico Madrid dan Barcelona di Stadium Wanda Metropolit­ano di Madrid.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia