Utusan Borneo (Sarawak)

DUA REMAJA DITAHAN TUNGGANG MOTOSIKAL SECARA BERBAHAYA

-

KUCHING: Dua penunggang motosikal ditahan kerana menunggang dalam keadaan bahaya dan melulu dengan melakukan aksi ala ‘Superman’ semasa Operasi Samseng Jalanan di Jalan FAC Matang pada malam Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Aidil Bolhassan berkata, kedua-dua suspek berusia 16 dan 17 tahun yang sudah tidak lagi bersekolah itu ditahan sepasukan polis yang diketuai Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan ASP James Jakup dalam operasi sekitar jam 11 malam di lokasi tersebut.

“Dalam operasi tersebut, dua penunggang telah ditangkap kerana menunggang dalam keadaan melulu dan bahaya dengan melakukan aksi ala ‘Superman’,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tegasnya, kedua-dua suspek ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

“Manakala kedua-dua motosikal suspek disita di bawah Seksyen 60 akta yang sama,” tambah Aidil.

Jelasnya, ibu bapa atau pemilik kenderaan juga diambil tindakan di bawah Seksyen 26(1) APJ 1987 kerana membenarka­n penunggang tanpa lesen memandu yang sah menunggang kenderaan miliknya.

Menurutnya lagi, dalam operasi tersebut juga sebanyak 31 saman atas pelbagai kesalahan telah dikeluarka­n terhadap penunggang motosikal yang lain.

Sehubungan itu, beliau menasihati penunggang motosikal agar menggunaka­n motosikal untuk keperluan bukan dijadikan seperti barang mainan dan boleh membahayak­an keselamata­n diri dan orang lain.

 ??  ?? CEKUP: Antara yang ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan di Jalan
FAC Matang.
CEKUP: Antara yang ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan di Jalan FAC Matang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia