Utusan Borneo (Sarawak)

TIGA BERANAK TINGGAL SEHELAI SEPINGGANG

-

Tiga sekeluarga di Kampung Sungai Plan, Jalan Tanjung Kidurong di sini, tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka musnah dalam kebakaran sekitar jam 7.42 malam kelmarin.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu Christus Buson, sepasukan anggota dari Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dengan menggunaka­n dua jentera bergerak ke lokasi kebakaran sejurus menerima panggilan berhubung kejadian tersebut.

“Sejurus sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati api sedang marak memusnahka­n rumah kayu jenis tidak kekal itu,” ujarnya.

Pasukan bomba katanya menggunaka­n satu aliran air, satu ‘breeching’ dan dua nozel yang mana sumber air diperoleh dari pam jentera.

Selepas setengah jam bertungkus-lumus memadam kebakaran, api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 8.35 malam.

Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati rumah milik Liban Nyelang, 44, yang terletak di kawasan setinggan turut didiami Liban dan isterinya bersama anak lelaki mereka yang berumur tiga tahun.

Mujurlah katanya, semasa kejadian kesemua penghuni berjaya menyelamat­kan diri.

“Kita turut difahamkan mangsa terjejas tinggal sementara di rumah sanak-saudara berdekatan sementara menunggu bantuan susulan,” tambahnya.

 ??  ?? HANGUS: Kebakaran yang memusnahka­n sebuah rumah di Kampung
Sungai Plan, Jalan Tanjung Kidurong malam kelmarin.
HANGUS: Kebakaran yang memusnahka­n sebuah rumah di Kampung Sungai Plan, Jalan Tanjung Kidurong malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia