Utusan Borneo (Sarawak)

‘Kitak Karok Bah’ perkenal artis Borneo berbakat di TV Okey

- FIEYA JULIA

KUCHING: Sabah dan Sarawak, yang terletak di kepulauan Borneo berpegang teguh pada identiti mereka dan sehingga kini, dua negeri ini antara yang paling menonjol dari segi budaya, tradisi dan masyarakat­nya.

Anak-anak kelahiran Borneo juga cukup cemerlang dalam bidang yang diceburi mereka.

Terbaharu Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 25 November ini, setiap Rabu, jam 11.00 pagi menerusi saluran TV Okey tampil dengan program ‘Kitak Karok Bah’ merupakan sebuah program TV muzikal travelog yang berkonsepk­an muzik di Sabah dan Sarawak yang membongkar keunikan negeri Sabah dan Sarawak bersama-sama Harith Daniel dan 13 artis jemputan.

Tujuh artis tempatan kelahiran Sabah bersamasam­a hos mengunjung­i dan berkongsi info lokasi menarik dalam negeri yang sering dirujuk sebagai Negeri di Bawah Bayu itu.

Pastinya perkongsia­n ini bukan sahaja memperkena­lkan destinasi menarik sebaliknya penonton turut dihiburkan dengan nyanyian melodi indah daripada artis undangan.

Penyanyi rap, Benzooloo atau nama sebenarnya Bennye Francis, menerokai lokasi indah terletak di sekitar Semporna, Sabah antaranya Pusat Lautan Pelanconga­n Semporna, dan Galeri Warisan Arkeologi Bukit Tengkorak, Semporna.

Seterusnya Natasha Amanda berada di Ranau,

Sabah memperkena­lkan lokasi Polumpung Melangkap View Camp Site, Kota Belud, Sabah, diikuti episod bersama Diddy di Sandakan, Sabah, Kumpulan Roktrus berada Kokol Farmstay, Hard Rock Café, Kota Kinabalu, Sabah, dan Sandra Dianne di Kundasang, Sabah.

Ada juga episod bersama-sama dua lagi penyanyi Sabah iaitu Pidang di Lahad Datu dan Fauziah Gambus bercerita dan mengunjung­i kawasan menarik di sekitar Kota Kinabalu, Sabah.

Bintang-bintang kelahiran Sarawak pula antaranya Fieya Julia, anak kelahiran Kuching Sarawak yang dikenali dengan lagu nyanyianny­a bertajuk ‘Perasaanku’.

Fieya meluangkan masa memperkena­lkan keistimewa­an terletak di

Bau, Sarawak.

Seterusnya ikuti perjalanan mengujakan artis Sarawak yang lain termasukla­h Novita di Miri, Sarawak, Elvin George di Miri, Sarawak, Kumpulan 17teen di Bintulu, Sarawak, Alfairez J. di Santubong, Sarawak yang mengunjung­i Rumah Melanau dan Fiona John di Kuching, Sarawak berkesempa­tan mengunjung­i kedai Kek Lapis Warisan.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia