Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga disyaki mencuri di kedai ditangkap

-

SIBU: Dua lelaki dan seorang wanita ditahan kerana disyaki terbabit kes mencuri di sebuah premis peruncit produk kesihatan dan kecantikan antarabang­sa di Jalan Kampung Nyabor, di sini.

Kesemua mereka yang berumur antara 25 hingga 39 tahun itu ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Sibu (IPD) Sibu di Pintu Gerbang Sibu pada kira-kira jam 1 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, terdahulu pihaknya telah menerima aduan daripada pembantu pelanggan premis berkenaan yang berumur 23 tahun pada pagi kelmarin.

“Pengadu mendakwa pada kira-kira jam 10.40 pagi, semasa sedang bekerja dia telah terdengar bunyi penggera dan terus memeriksa kamera litar tertutup (CCTV).

“Dia mendapati terdapat dua lelaki dan seorang wanita tidak dikenali (pelanggan) telah mengambil dua pek vitamin berkembar berharga RM193.81.

“Terkejut dengan kejadian itu, pengadu kemudian datang ke balai polis untuk buat laporan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Stanley berkata, bertindak atas maklumat anggota JSJ kemudian memeriksa rakaman CCTV premis terbabit dan mendapati ketiga-tiga suspek berkenaan masuk ke dalam premis berkenaan pada jam 10.49 pagi dan keluar beberapa minit kemudian.

Ujar beliau, dua daripada suspek mengenakan baju kemeja, seluar jeans dan bertopi manakala seorang lagi suspek mengenakan baju kemeja dan seluar pendek, kesemuanya menggunaka­n pelitup muka.

Jelasnya, suspek juga tidak mendaftark­an diri pada buku daftar masuk ke premis dan tidak menggunaka­n kod pengimbas aplikasi MySejahter­a.

Katanya, selepas disoal siasat ketiga-tiga suspek mengaku terlibat dengan kes curi tersebut dan ditahan di dalam lokap Balai Polis Sentral Sibu dan Balai Polis Sungai Merah untuk tindakan lanjut.

 ??  ?? STANLEY
STANLEY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia