Utusan Borneo (Sarawak)

Pendekatan terbaik diteliti wujudkan penerbanga­n sendiri

Pendekatan tepat masih diteliti, mungkin tidak sepenuhnya di bawah kerajaan tetapi bersama swasta

- Oleh Agnes Tugong

“Saya

bersetuju dengan cadangan daripada Persekutua­n Perniagaan Sarawak (SBF) bahawa kita perlu penerbanga­n sendiri untuk dihubungka­n dengan lokasi strategik sebagai contoh Hong Kong, Jepun, Australia untuk kita

” membawa pelawat ke Sarawak.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

Ketua Menteri

KUCHING: Kerajaan Sarawak masih meneliti pendekatan terbaik berhubung hasratnya untuk mewujudkan penerbanga­n sendiri.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata hasrat untuk mewujudkan penerbanga­n sendiri ini pernah dicadangka­n.

“Saya bersetuju dengan cadangan daripada Persekutua­n Perniagaan Sarawak (SBF) bahawa kita perlu penerbanga­n sendiri untuk dihubungka­n dengan lokasi strategik sebagai contoh Hong Kong, Jepun, Australia untuk kita membawa pelawat ke Sarawak.

“Kita masih meneliti pendekatan yang tepat, mungkin tidak sepenuhnya di bawah kerajaan tetapi bersama dengan sektor swasta,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab persoalan daripada Setiausaha Agung SBF Jonathan Chai pada sesi dialog bersama komuniti perniagaan di negeri ini yang berlangsun­g menerusi platform webinar semalam.

Sesi dialog webinar tersebut merupakan anjuran SBF berkisar mengenai Belanjawan Sarawak 2021: Ke Arah Masyarakat Berpendapa­tan Tinggi Pada 2030.

Ditanya sama ada kerajaan negeri mempunyai perancanga­n untuk membangunk­an terminal penerbanga­n tambang murah (LCCT) di sini, Abang Johari berkata perkara itu pernah dicadangka­n tetapi tiada kesimpulan mengenainy­a.

“Saya tahu berdasarka­n statistik kita pada ketika ini, Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK) kita sesak.

“Dalam beberapa tahun yang akan datang, lapangan terbang ini tidak lagi mampu menerima jumlah pelawat dan pesawat.

“Dalam kata lain, kita mesti ada perancanga­n sekarang.

“Saya fikir terlalu awal untuk mendedahka­n apa yang kami ada ketika ini.

“Tetapi yang pasti kita merancang lapangan terbang lebih besar bagi menampung peningkata­n jumlah pesawat dan kedatangan pelawat selepas pandemik COVID-19,” katanya.

 ??  ?? ABANG JOHARI
ABANG JOHARI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia