Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak belum bersedia swastakan bekalan utiliti kepada lebih daripada sebuah syarikat

-

KUCHING: Sarawak masih belum bersedia untuk menswastak­an perkhidmat­an bekalan utiliti air dan tenaga elektrikny­a kepada lebih daripada sebuah syarikat.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata pemilikan lebih daripada sebuah syarikat utiliti adalah bergantung kepada tahap pembanguna­n sesebuah negeri.

Negara maju seperti Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat katanya, memiliki pelbagai syarikat utiliti tetapi Sarawak masih negeri sedang membangun.

“Infrastruk­tur utiliti sangat penting untuk kita bergerak maju ke hadapan. Pada peringkat ini, saya rasa lebih baik kerajaan yang mengendali­kannya.

“Sebab banyak dana diperlukan untuk kita membina infrastruk­tur, sebagai contoh pembinaan empangan hidro dan perlukan jaminan daripada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog webinar Belanjawan Sarawak 2021: Ke Arah Masyarakat Berpendapa­tan Tinggi Pada 2030 anjuran Persekutua­n Perniagaan Sarawak (SBF) semalam.

Abang Johari turut berpandang­an belum tiba masanya untuk kerajaan negeri memindahka­n pengurusan perkhidmat­an utilitinya kepada sektor swasta.

Justeru beliau berkata buat masa ini adalah lebih baik perkhidmat­an ini diuruskan oleh kerajaan negeri.

Terdahulu Presiden Persatuan Elektrikal Sarawak Dato Sri Peter Lu pada sesi dialog tersebut berkata bekalan utiliti air dan tenaga elektrik di Sarawak dimonopoli oleh sebuah syarikat.

Tidak seperti di Australia dan New Zealand kata Lu, terdapat banyak syarikat di negara tersebut yang menyediaka­n perkhidmat­an bekalan utiliti kepada rakyatnya.

Justeru beliau meminta nasihat dan pandangan Ketua Menteri kewajaran lebih daripada sebuah syarikat utiliti di Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia