Utusan Borneo (Sarawak)

LDP beri khidmat nyahkuman secara percuma

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Parti Liberal Demokratik (LDP) melaksanak­an perkhidmat­an nyah kuman secara percuma di kawasan premis perniagaan sekitar daerah di sini, kelmarin.

Ketua Pemuda Pergerakan LDP Pusat Sim Fui berkata, usaha berkenaan dilaksanak­an bagi memastikan orang awam sentiasa berada dalam keadaan selamat ketika berada di luar rumah, selain menjadi tanggungja­wab untuk memberikan perkhidmat­an kepada rakyat.

“Kali ini kita melaksanak­an perkhidmat­an ini di sekitar premis perniagaan Damai, sebelum ini kita melakukan perkara sama di Taipan, Inanam.

“Kami berusaha gigih untuk membantu Kementeria­n Kesihatan Malaysia dengan memberikan beberapa sumbangan seumpamany­a bagi memastikan keselamata­n orang awam,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya akan teruskan khidmat kepada komuniti dan sentiasa menyantuni masyarakat.

Sim Fui berharap niat murni berkenaan dapat membantu masyarakat untuk memerangi pandemik COVID-19 di sini.

“Saya juga menyeru agar orang ramai sentiasa berhatihat­i dan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Langkah pencegahan ini penting untuk memastikan keselamata­n setiap individu dan keluarga masing-masing terjaga,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada anggota Pasukan Khidmat Komuniti LDP Kota Kinabalu kerana berjaya melaksanak­an tanggungja­wab berkenaan demi kepentinga­n kesihatan rakyat.

“Ini adalah kali kedua pasukan ini melaksanak­an aktiviti nyah kuman secara percuma. Usaha ini akan diteruskan ke lokasi-lokasi yang dikenal pasti,” katanya.

 ??  ?? NADI: Feri antara nadi pengangkut­an utama Labuan dan Sabah.
NADI: Feri antara nadi pengangkut­an utama Labuan dan Sabah.
 ??  ?? KENANGAN: Pasukan Khidmat Komuniti LDP KK merakamkan gambar kenangan sebelum memulakan tugas.
KENANGAN: Pasukan Khidmat Komuniti LDP KK merakamkan gambar kenangan sebelum memulakan tugas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia