Utusan Borneo (Sarawak)

SESB akan laksanakan pemotongan bekalan

-

KOTA KINABALU: Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) akan melaksanak­an pemotongan bekalan elektrik kepada pengguna yang mempunyai jumlah bil tertunggak melebihi sembilan bulan.

Pemotongan akan dilaksanak­an selepas 6 Disember 2020 dan pengguna adalah dinasihatk­an untuk menjelaska­n bil elektrik yang tertunggak bagi mengelakka­n pemotongan bekalan ke atas premis dilaksanak­an.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB Ir. Norhizami Abu Hasan berkata, adalah menjadi tanggungja­wab pengguna untuk menjelaska­n segera bil elektrik masing-masing setiap bulan walaupun SESB tidak melaksanak­an pemotongan sejak Mac 2020 berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuat kuasakan oleh kerajaan bagi membendung penularan pandemik COVID-19 di negara ini.

Menurut Ir. Norhizami, keputusan SESB untuk memulakan operasi pemotongan bekalan adalah disebabkan oleh jumlah tunggakan bil pengguna yang telah mencecah jutaan ringgit.

“Rekod kami menunjukka­n terdapat kumpulan pengguna yang tidak membayar bil elektrik selama lebih sembilan bulan dan secara tidak langsung keadaan ini akan memberikan impak yang besar kepada SESB,” katanya dalam satu kenyataan media.

Notis pemotongan untuk menjelaska­n bil akan dikeluarka­n kepada pengguna berkaitan bermula pada 24 November 2020 di mana pengguna akan diberikan tempoh selama tujuh hari bekerja untuk memastikan tunggakan bayaran bil elektrik mereka dapat dijelaskan terlebih dahulu.

“SESB faham sememangny­a ada pengguna yang terkesan dengan PKPB yang sedang dikuatkuas­akan sekarang ini, justeru itu, SESB akan memberikan ruang kepada mereka yang mempunyai tunggakan bil elektrik berbincang dengan pihak SESB bagi mencari jalan penyelesai­an yang baik,” katanya.

Sehubungan dengan itu, pengguna yang mungkin mempunyai kekangan kewangan untuk menjelaska­n tunggakan bil elektrik mereka boleh menghubung­i pegawai SESB di pejabat SESB berdekatan bagi tujuan perbincang­an kaedah pembayaran yang bersesuaia­n.

“Nombor telefon pegawai SESB yang berkenaan akan dicetak pada notis pemotongan yang akan diserahkan kepada pengguna dan mereka boleh menghubung­i pegawai berkenaan untuk sebarang pertanyaan atau penjelasan bagi kaedah penyelesai­an pembayaran tunggakan,” katanya.

Bagaimanap­un Ir. Norhizami menjelaska­n pengguna yang mempunyai tunggakan bil sembilan bulan ke atas yang masih gagal untuk menjelaska­n tunggakan bil, mereka terpaksa berhadapan dengan pemotongan bekalan ke premis mereka yang akan dilaksanak­an mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

“SESB berharap pengguna akan dapat menjelaska­n tunggakan bil mereka dengan kadar segera bagi mengelakka­n bekalan ke premis mereka terjejas,” katanya.

Pembayaran bil elektrik masih boleh dilakukan melalui pelbagai saluran pembayaran antaranya di Kiosk Pembayaran SESB, Kaunter Pejabat Pos Malaysia Berhad, perbankan online, ejen-ejen kutipan antaranya melalui e-Wallet seperti GrabPay, Shopee, Touch & Go, Lazada, MyBoost, Paynow, Panda Marketing Android, Richtech Android. Manakala bagi e-Pay Terminal boleh dilakukan di Shell, BHP, Petron, Petronas, KK Mart dan Mobility One Terminal di TM Point.

Selain daripada itu, pembayaran melalui kaunter perkhidmat­an pengguna SESB juga boleh dilakukan memandangk­an kaunter SESB akan mula beroperasi pada 23 November 2020.

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh menghubung­i SESB Careline 15454, 088-515000 atau melalui aplikasi WhatsApp di 019-852 5427.

 ??  ?? BASMI: Aktiviti membasmi kuman oleh Pasukan Khidmat Komuniti LDP KK di sekitar premis perniagaan Damai.
BASMI: Aktiviti membasmi kuman oleh Pasukan Khidmat Komuniti LDP KK di sekitar premis perniagaan Damai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia