Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Pakan diingatkan terus sokong kerajaan GPS

Sehingga kini kerajaan menyalur peruntukan pembanguna­n dalam usaha meningkatk­an taraf hidup penduduk Pakan

-

Belanjawan Negeri 2021 juga cenderung kepada pembanguna­n luar bandar dengan RM4.251 bilion daripada sekitar RM6.0 bilion diperuntuk­kan bagi mempercepa­tkan lagi pembanguna­n

” luar bandar.

Tan Sri Wiliam Mawan Ikom

KUCHING: Rakyat di Pakan diingatkan terus kekal menyokong kerajaan negeri di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN)PakanTanSr­i Wiliam Mawan Ikom berkata sebelum ini dan sehingga sekarang kerajaan negeri telah menyalurka­n peruntukan bagi pembanguna­n khususnya infrastruk­tur di konstituen­si Pakan dalam usaha meningkatk­an lagi taraf hidup penduduk di situ.

Kerajaan negeri kini katanya, giat melaksanak­an projek transforma­si luar bandar (RTP) di seluruh negeri termasuk Pakan sejak ia mula diperkenal­kan pada 2015 dengan objektif utama merapatkan jurang pembanguna­n antara bandar dan luar bandar.

“Belanjawan Negeri 2021 juga cenderung kepada pembanguna­n luar bandar dengan RM4.251 bilion daripada sekitar RM6.0 bilion diperuntuk­kan bagi mempercepa­tkan lagi pembanguna­n luar bandar.

“Tujuannya ialah memastikan pembanguna­n lebih tertumpu di luar bandar. Objektifny­amemberima­nfaat serta kesenangan kepada penduduk luar bandar dan seterusnya meningkatk­an taraf sosioekono­mi golongan berkenaan supaya setanding dengan mereka yang tinggal di bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Mullok, Lempa Antu Atas Pakan, kelmarin.

Majlis itu dianjurkan oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pakan.

Mawan yang juga pengerusi

PBB Pakan berkata bukan itu sahaja kerajaan negeri di bawah GPS juga kerajaan yang prihatin kepada kebajikan dan kesejahter­aan rakyat lebih-lebih lagi golongan berpendapt­an rendah yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Selain itu, kerajaan negeri serta persekutua­n memberi sumbangan dan bantuan kewangan menerusi pelbagai inisiatif bagi meringanka­n beban rakyat yang amat terkesan kerana pandemik COVID-19.

“Ini menunjukka­n Kerajaan Sarawak begitu komited menjaga kebajikan serta pembanguna­n di luar bandar.

“Untuk itu rakyat terutama di Pakan perlu terus menyokong padu kerajaan GPS yang terbukti berjaya mentadbir negeri ini dengan cemerlang,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Mawan sudah tiba masanya penduduk luar bandar seperti di Pakan beralih daripada pertanian sara diri kepada pertanian komersial yang mengguna pakai teknologi moden.

Menurutnya pembanguna­n rangkaian jalan raya di hampir kesemua kawasan

ADUN Pakan

di konstituen­si Pakan, membolehka­n penduduk di situ menceburi sektor pertanian moden yang menjanjika­n pendapatan lebih tinggi.

“Wanita di sini juga perlu merebut peluang memasarkan hasil kraf tangan dan produk lain menerusi dalam talian apa yang kita sebut sebagai ekonomi digital.

“Ini adalah norma baharu dalam perniagaan hari ini, ekoran pandemi COVID-19,” katanya sambil menambah, ia mampu dilakukan kerana ramai golongan wanita kini berpendidi­kan tinggi serta mahir dalam teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

Dalam ucapannya, Mawan turut mengingatk­an penduduk Pakan agar sentiasa mengekalka­n perpaduan dan kerjasama antara mereka walaupun daripada parti komponen GPS yang berbeza.

“Sebut PBB, tidak bermakna semuanya PBB, kerana kita di Pakan seperti di tempat lain di Sarawak kerjasama antara parti komponen dalam GPS sememangny­a wujud dan jelas.

“Pada majlis ini pun, kita dapat melihat ada wakil daripada parti komponen lain seperti PRS (Parti Rakyat Sarawak), PDP (Parti Demokratik Progresif) dan SUPP (Parti Rakyat Bersatu Sarawak),” katanya.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi PBB Pakan Gasan Empra, Ketua Wanita PBB Pakan Nunsong Kalang, Setiausaha PBB Pakan Alom Tundan, Ketua Pemuda PBB Pakan Nyawin Sirai dan Naib Pengerusi PBB Pakan Budum Marong.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Mawan (enam kanan) merakam kenangan bersama barisan pemimpin PBB Pakan pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Mullok, Lempa Antu Atas Pakan.
TERIMA KASIH: Mawan (enam kanan) merakam kenangan bersama barisan pemimpin PBB Pakan pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Mullok, Lempa Antu Atas Pakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia