Utusan Borneo (Sarawak)

Perkhidmat­an tiga balai bomba di Bintulu diperbaiki

-

BINTULU: Perkhidmat­an bomba di tiga Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di bahagian ini diperbaiki serta diperkasa dalam usaha memberi perkhidmat­an terbaik kepada komuniti.

Ketua Zon 5 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Negeri Sarawak Wan Kamaruddin Wan Ahmad berkata, tugas menjaga tiga BBP di sini iaitu BBP Bintulu, BBP Samalaju dan BBP Tatau merupakan seruan terbesar beliau sepanjang 11 tahun berkhidmat dalam jabatan bomba.

“Sayaberasa­amatbersyu­kur dan memberi perkhidmat­an terbaik menerajui tugas sebagai ketua zon ini dengan mengaplika­sikan semua kemahiran dimiliki menguruska­n tiga balai bomba ini dengan cekap dan teratur,” katanya pada lawatan kerja ke BBP Samalaju di sini, semalam.

Adalah difahamkan dua lagi balai bomba iaitu BBP Belaga dan BBP Kidurong turut dikawal selia Zon 5 dalam masa terdekat.

“Ini merupakan satu tanggungja­wab cukup besar bagi saya dan memohon semua anggota bomba meneruskan kerjasama serta mempunyai semangat tinggi menggalas tanggungja­wab,” ujarnya.

Katanya, bagi tujuan itu semua anggota bomba di tiga balai di bawah seliaan beliau harus menjalanka­n tugas diamanahka­n bagi membantu menyelamat­kan nyawa serta harta benda penduduk.

Justeru, beliau sebagai anak jati Bintulu akan memberi khidmat lebih efisien dan terbaik kepada masyarakat di sini.

Dalam perkembang­an berkaitan, Wan Kamaruddin turut diberi penghormat­an melakukan pemeriksaa­n baris hormat terhadap anggota bomba di BBP Samalaju.

Hadir sama Ketua BBP Samalaju Hashim Norshidi dan Pegawai Bomba Kanan 2 Alan Ayuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia