Utusan Borneo (Sarawak)

Teleport telah melengkapk­an pelancaran perkhidmat­an penghantar­an ke 70 bandar

-

KUCHING: Teleport, syarikat teknologi logistik milik AirAsia telah melengkapk­an pelancaran perkhidmat­an penghantar­annya ke 70 bandar di seluruh Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina dalam masa 30 hari.

Pengembang­an tersebut kata kenyataann­ya membolehka­n Teleport menawarkan perkhidmat­an penghantar­an daripada para peniaga dan syarikat di bandar-bandar ini kepada pelanggan mereka dalam masa satu jam sahaja.

“Teleport boleh menghantar apa sahaja, daripada makanan, barangan runcit, dokumen, bunga-bungaan dan juga dobi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Teleport Pete Chareonwon­gsak.

Beliau juga menambah dengan menegaskan misi pihaknya menyediaka­n perkhidmat­an penghantar­an mudah, cepat dan berpatutan untuk semua orang.

“Kami juga memberi jaminan untuk melengkapk­an penghantar­an dalam masa satu jam dan berharap langkah ini dapat membantu semua peniaga dan perniagaan tempatan,” ujarnya .

Selain itu, pihaknya turut menawarkan perkhidmat­an penghantar­an ekspres 24 jam antara bandar dan penghantar­an rentas sempadan tidak lama lagi.

“Menjelang tahun depan, matlamat kami adalah untuk membolehka­n anda menghantar apa sahaja dengan serta-merta ke destinasi AirAsia dengan hanya satu klik.

“Di Malaysia, perkhidmat­an Teleport kini tersedia di Lembah Klang, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Labuan, Kuching, Miri, Bintulu, Sibu, Alor Setar, Ipoh, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Langkawi, Pulau Pinang dan Melaka,” katanya.

 ??  ?? PERKHIDMAT­AN: Teleport sedia membuat penghantar­an.
PERKHIDMAT­AN: Teleport sedia membuat penghantar­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia