Utusan Borneo (Sarawak)

GPS mahu lindungi, jaga hak rakyat Sarawak

RUU Perlembaga­an Negeri Sarawak (Pindaan), 2020 bagi tentukan ‘penduduk di negeri ini’ layak dipilih menjadi ADUN

- Oleh Clare Cinderella

GPS memang akan menjaga Sarawak. Kami mengubah perlembaga­an sehingga mereka yang ingin menjadi wakil rakyat (YB) di negeri ini mestilah

” orang Sarawak.

MIRI: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mahu terus melindungi dan menjaga hak-hak rakyat Sarawak berikutan langkahnya meluluskan RUU Perlembaga­an Negeri Sarawak (Pindaan), 2020, baru-baru ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, pembentang­an rang undangunda­ng semasa Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 12 November adalah bagi menentukan ‘penduduk di negeri ini’ layak untuk dipilih menjadi Ahli DUN (ADUN).

“GPS memang akan menjaga Sarawak. Kami mengubah perlembaga­an sehingga mereka yang ingin menjadi wakil rakyat (YB) di negeri ini mestilah orang Sarawak,” katanya dalam ucapannya ketika merasmikan Majlis Penyampaia­n Program Bantuan Khas Masyarakat Miri Chee Lee Khor Moral Uplifting di SJK (C) Kee Tee di Long Lama, Baram kelmarin.

Pindaan RUU yang telah disahkan adalah untuk menetapkan hanya dua kategori orang yang akan memenuhi syarat sebagai ‘penduduk negeri Sarawak’: seorang warganegar­a yang dilahirkan di negeri Sarawak, yang ibu bapa atau salah seorang daripada mereka juga dilahirkan di negeri ini dan dia biasanya tinggal di negeri ini; atau warganegar­a, walaupun tidak dilahirkan di negeri ini, yang ibu bapa atau salah seorang daripada mereka dilahirkan di negeri ini dan dia biasanya tinggal di negeri ini.

Dr Sim yang juga presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menyeru penduduk luar bandar di Baram untuk berkongsi objektif bersama GPS dalam meneruskan misi memerangi dan melindungi

Dato Sri Dr Sim Kui Hian

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan

hak rakyat di Sarawak.

Beliau mengingatk­an penduduk di luar bandar agar tidak membiarkan diri mereka ditipu oleh pembangkan­g.

“Ketika mereka (pembangkan­g) berkuasa, apa yang telah mereka lakukan… mereka menarik kembali peruntukan.

“Kami (GPS) mengalami kesulitan dan mencabar diri sendiri untuk mencari wang sendiri.

“Terima kasih kepada mereka yang tidak memberi kami wang dan kami sekarang jauh lebih baik daripada sebelumnya kerana menjadi negeri terkaya di Malaysia,” katanya.

Pada masa yang sama, Dr Sim turut menggesa rakyat supaya terus bersatu dengan tidak membiarkan sesiapa pun memecahbel­ahkan perpaduan yang kuat antara rakyat berbilang kaum di negeri ini.

“Kami dapat menyelesai­kan masalah yang kami hadapi sebelumnya kerana kami mempunyai wang sendiri sekarang.

“Tidak ada yang dapat melemahkan kita, melainkan jika Sarawak berpecah-belah. Sebaliknya apabila kita terus bersatu, Sarawak boleh menjadi sangat kaya dan kuat,” tambahnya.

Mengulas mengenai program yang dianjurkan, beliau gembira Miri Chee Lee Khor Moral Uplifting Society telah memimpin cara yang baik dalam memperluas program amal mereka untuk manfaat penerima yang memerlukan yang tinggal di sekitar kawasan bandar Long Lama.

Lebih daripada 200 penerima dari lapan kampung di sekitar kawasan Long Lama telah menerima bantuan makanan dan wang tunai daripada program berkenaan.

Di samping itu, beliau turut bersetuju sepenuhnya dengan ADUN Telang Usan Dennis Ngau tentang perlunya membangun program perumahan untuk menyokong pertumbuha­n pembanguna­n yang sedang berjalan untuk bandar Long Lama.

Beliau memberitah­u, akan meminta kementeria­nnya untuk meneliti perkara tersebut dan bagaimana mereka mulai merancang lebih awal untuk menyediaka­n perumahan mampu milik untuk kawasan Long Lama.

Kemudian pada majlis yang sama, Dr Sim telah mengumumka­n pemberian geran kerajaan di bawah projek pembanguna­n kecil luar bandar (MRP) masing-masingnya bernilai RM10,000 kepada Miri Chee Lee Khor Moral Uplifting Society dan SJK (C) Kee Tee.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Telang Usan Baru Tai, Presiden Miri Chee Lee Khor Moral Uplifting Society Tony Pui dan Ketua Masyarakat Cina Long Lama Penghulu Desmond Yap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia