Utusan Borneo (Sarawak)

MOTAC gerak pelan pemulihan dengan kerjasama penggiat industri bangunkan semula pelanconga­n

-

KUCHING: Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC) mengumumka­n perincian pelan pemulihan pelanconga­n bagi merancakka­n semula ekonomi negara melalui sektor pelanconga­n yang terkesan dengan pandemik COVID19.

Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri semalam menerusi kenyataann­ya berkata bahawa MOTAC melalui agensinya, Lembaga Penggalaka­n Pelanconga­n Malaysia (Tourism Malaysia) memperkena­lkan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) sebagai pelan pemulihan tersebut.

“Ia melibatkan kerjasama penggiat-penggiat industri pelanconga­n negara dengan tiga teras utama pelan pemulihan yang telah digariskan di bawah strategi pemulihan tersebut yang dijangka akan menyemarak­kan semula pelanconga­n domestik.

“Menerusiny­a, bakal mengembali­kan keyakinan untuk melancong, menyemarak­kan pelanconga­n domestik dan memaksimum­kan sumber sedia ada,” katanya.

Program yang telah dikenal pasti itu menggerakk­an industri pelanconga­n tempatan dengan melibatkan kerjasama semua pemain industri seperti syarikat penerbanga­n, pengangkut­an dan pertubuhan bukan kerajaan dalam industri pelanconga­n seperti Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dan Persatuan Hotel Bajet (MyBHA).

Justeru, beberapa program yang telah sedia untuk digerakkan seperti kerjasama TM, MAH dan e-market platform untuk mempromosi­kan pakej-pakej penginapan bagi menggalakk­an pelanconga­n domestik dan membantu hotel-hotel di bandar yang terkesan teruk akibat penularan COVID-19.

Kerjasama dengan MyBHA bagi hotel bajet (tiga bintang ke bawah) yang terpilih dan aktif mengikut negeri dan keutamaan akan diberikan kepada ahli yang berdaftar dengan MOTAC melalui kempen ‘Jom Nginap’ dan ‘Malaysia Welcomes You’.

“Kempen Cuti-Cuti Malaysia dengan kerjasama syarikat penerbanga­n seperti Malaysia Airlines Berhad (MAB), Firefly, AirAsia dan Malindo Air bagi meningkatk­an kesalinghu­bungan ke lokasi percutian di dalam negara untuk merangsang pelanconga­n domestik;

“Tourism Malaysia akan menjalin kerjasama dengan penggiat industri melalui segmen perkhidmat­an, pengangkut­an dan syarikat swasta iaitu Prasarana bagi menggalakk­an pergerakan inter dan intra dalam kalangan pelancong domestik dan penggunaan perkhidmat­an pengangkut­an awam; dan Diskaun Pembelian Produk Kraf di Outlet Karyaneka untuk menggalakk­an penjualan kraf tangan Malaysia,” katanya.

Mekanisme yang dicadangka­n itu tegas Nancy, merupakan pemberian baucar, diskaun atau rebat tunai yang akan memberi manfaat secara terus kepada rakyat Malaysia.

Inisiatif tersebut merupakan salah satu usaha kerajaan bagi meningkatk­an penggunaan teknologi digital dalam kalangan rakyat melalui pembelian, tempahan dalam talian, penggunaan aplikasi mobil dan penebusan e-baucar tunai.

“MOTAC menyambut baik keputusan keputusan kerajaan yang telah membenarka­n gelembung perjalanan domestik antara Zon Hijau di Malaysia.

“Oleh itu, kami berharap rakyat akan mengambil peluang ini untuk melancong dengan selamat dan sentiasa mematuhi SOP dalam norma baharu sepanjang perjalanan,” ujar Nancy.

Pada masa yang sama, Nancy turut menyeru pemain industri pelanconga­n supaya sentiasa menampilka­n tawaran-tawaran pakej menarik.

 ??  ?? UNTUK RAKYAT: Dr Sim (enam kiri), Dennis (empat kiri), Tony (di sebelah kiri Dr Sim) bersama Baru Tai (dua kanan) menyampaik­an bantuan kebajikan kepada penerima sambil disaksikan yang lain.
UNTUK RAKYAT: Dr Sim (enam kiri), Dennis (empat kiri), Tony (di sebelah kiri Dr Sim) bersama Baru Tai (dua kanan) menyampaik­an bantuan kebajikan kepada penerima sambil disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia