Utusan Borneo (Sarawak)

Buka sempadan BruneiSara­wak secara bersyarat: Ling

-

MIRI: Ahli Dewan Negara Senator Alan Ling mencadangk­an agar sempadan Brunei-Sarawak dibuka secara bersyarat.

Menurutnya, selain memulihkan ekonomi dengan menarik kembali kunjungan pelancong dari Brunei ia turut memberi peluang kepada penduduk termasuk pekerja terkandas di negara itu balik ke Sarawak.

“Saya cadang dan merayu kepada kerajaan negeri dan persekutua­n secara inisiatif mengadakan perbincang­an dua hala dengan kerajaan Brunei Darussalam untuk membuka sempadan dengan mengambil kira SOP ketat dalam tempoh pandemik ini,” katanya selepas menyampaik­an sumbangan pelitup separuh muka dan pensanitas­i tangan kepada penjaja dan peniaga di Pasar Open Air Miri semalam.

Setiausaha Pakatan Harapan (PH) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak itu berkata, penularan pandemik COVID19 di seluruh dunia memberi kesan buruk bukan sahaja kepada ekonomi malah cara hidup rakyat kepada norma baharu.

Dalam konteks Miri yang merupakan bandar raya peranginan dan pelanconga­n utama di utara Sarawak, ketiadaan pelancong khasnya dari Brunei serta pelancong tempatan nyata menggugat pendapatan peniaga terutama mereka yang terlibat secara langsung dalam industri itu.

“Hubungan BruneiSara­wak bukan hanya sekadar dalam bidang ekonomi negeri tetapi juga mengambil kira hubungan persaudara­an antara rakyat Brunei dan Sarawak memandangk­an ada kalangan rakyat Sarawak bekerja di Brunei dan tidak dapat kembali ke pangkuan keluarga di Sarawak,” jelasnya.

Beliau menambah, Miri dan Brunei sememangny­a adalah ibarat ‘one big family’ atau sebuah keluarga besar bukan hanya kerana faktor lokasi tetapi faktor persaudara­an dan persahabat­an.

Ling berharap Miri dan Brunei akan menikmati semula kerancakan ekonomi selepas pandemik berjaya dikawal sepenuhnya.

Tentang sumbangan itu, Lingmahume­nambahbeka­lan peralatan perlindung­an diri untuk keperluan peniaga kecil khasnya warga emas yang masih berniaga di Pasar Open Air.

“Sumbangan ini sebagai langkah awal pencengaha­n penularan wabak COVID-19 memandangk­an bandar raya Miri ketika ini masih Zon Kuning.

Sebanyak 200 keping pelitup separuh muka dan 100 botol pensanitas­i tangan diagihkan.

Hadir sama Pengerusi DAP Long Lama Marcus Hugo dan Naib Pengerusi DAP Piasau Tan Huong Ing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia