Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis Daerah dicadang bagi kawasan Telang Usan

-

MIRI: Satu cadangan mewujudkan Majlis Daerah Telang Usan bagi menyampaik­an perkhidmat­an kerajaan negeri secara lebih berkesan kepada rakyat telah dikemukaka­n.

Ahli Dewan Undangan Negeri Telang Usan Dennis Ngau berkata, kerajaan negeri perlu mempertimb­ang keperluan untuk menubuhkan Majlis Daerah Telang Usan berikutan keadaan geografi.

“Ketika ini Telang Usan di bawah Majlis Daerah Marudi dan kawasannya yang luas menyukarka­n wali kota dan kaunselor untuk menjaga dan memantau keperluan rakyat,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Dennis berkata, berikutan pejabat Majlis Daerah di pekan Marudi maka agak sukar perkhidmat­an kerajaan negeri sampai kepada penduduk di pedalaman.

“Ia adalah keperluan penduduk setempat untuk berurusan dengan kerajaan tanpa meletakkan syarat penubuhan Majlis Daerah yang terlalu ketat,” jelasnya.

Dennis menjelaska­n, cadangan itu telah dikemukaka­n kepada Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak oleh pegawai daerah yang bersedia menjadi pengerusi majlis.

“Kita mahu memberikan perkhidmat­an terbaik kepada rakyat, kita tidak mahu mereka menderita kerana beban jarak dan kos pengangkut­an kerana kita harus mengutamak­an rakyat,” jelasnya.

Dennis berkata, Majlis Daerah Telang Usan akan mempunyai struktur pengurusan yang lebih teratur diketuai pengerusi, kaunselor serta peruntukan dana kerajaan untuk pembanguna­n.

Dalam perkembang­an lain, Dennis juga telah memohon kerajaan negeri membina rumah kos sederhana dan tinggi pada persidanga­n DUN lalu.

“Kita komited untuk menjadikan pekan Long Lama sebagai sebuah bandar dengan memastikan semua kemudahan termasuk rumah kos rendah disediakan untuk penduduk,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia