Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan GPS bangun Sarawak secara berterusan dan bukannya bermusim

-

KUCHING: Usaha kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) membangunk­an kawasan di negeri ini dilakukan secara berterusan dan bukannya bermusim, kata Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis.

Beliau berkata, kerajaan GPS tidak seperti pihak pembangkan­g yang hanya tahu mengkritik tetapi tidak membantu rakyat dalam menyelesai­kan masalah yang dihadapi mereka.

“GPS bekerja setiap masa untuk rakyat, bukan bermusim tidak seperti pembangkan­g yang timbul dan kononnya menunjukka­n keprihatin­an kepada rakyat.

“Oleh itu adalah diharapkan rakyat bijak menilai ‘mana intan dan mana kaca’ berdasarka­n rekod perkhidmat­an GPS yang baik dalam membangunk­an kawasan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Kempen Kebersihan di Taman Harmoni (Dayak) Fasa 2 di Sri Aman kelmarin.

Program itu merupakan anjuran Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Taman Harmoni (Dayak) Fasa 2 dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.32 Simanggang dan Majlis Daerah Sri Aman (MDSA).

Bercakap mengenai program itu, Harden yang juga ADUN Simanggang berkata, ia diadakan bagi merapatkan silaturahi­m selain memupuk perpaduan yang unggul antara rakyat berbilang bangsa di negeri ini.

“Program ini juga diharap dapat membudayak­an kebersihan persekitar­an dalam usaha kerajaan melawan pandemik COVID-19 daripada menular dalam kalangan rakyat,” ujarnya.

Pada program itu, Harden telah meluluskan peruntukan projek kecil luar bandar (MRP) kepada JKKK dan Biro Wanita Taman Harmoni (Dayak) Fasa 2 yang masing-masing berjumlah RM3,000 manakala peruntukan RM5,000 khas untuk projek pembelian rumah pasang siap.

 ??  ?? TURUN PADANG: Harden bersama penduduk melakukan aktiviti gotong-royong membersih kawasan Taman Harmoni (Dayak) Fasa 2.
TURUN PADANG: Harden bersama penduduk melakukan aktiviti gotong-royong membersih kawasan Taman Harmoni (Dayak) Fasa 2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia