Utusan Borneo (Sarawak)

Sang Bedal uji ketahanan bomba dalam dua insiden mendebarka­n

- Oleh Mastura Ismail

NAIK belakang badan dan tutup mata buaya. Itu detik 10 minit mendebarka­n anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Tujuh Limbang dalam operasi menangkap reptilia ganas seberat 800 kilogram ‘sesat’ dalam sebuah longkang di kawasan perumahan berhampira­n sekolah St Edmund dekat Limbang.

Buaya sepanjang lima meter dipercayai berusia 80 tahun itu berjaya ditangkap selepas mata buaya itu ditutup manakala kaki dan mulutnya diikat.

Berdepan sang bedal semakin berani ‘merayau’ di daratan dan longkang terutama berhampira­n kediaman manusia, satu lagi cabaran baharu perlu diharungi anggota Bomba Limbang dalam operasi khidmat khas menangkap reptilia ganas itu.

Dalam insiden 10 November lalu, sepasukan anggota Bomba dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Limbang diketuai Ketua Komander Operasi Pegawai Kanan Bomba Dua, Mohd Ali Mohd Salleh bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan tidak dijangka operasi menangkap buaya jam 10.59 malam.

Operasi mendebarka­n itu turut dibantu Penolong Penguasa Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Tujuh Limbang, Azman Ibrahim, Ketua BBP Limbang, Clarance D Primus, anggota polis dan Jabatan Sukarelawa­n Rakyat (RELA).

Kehadiran reptilia ganas itu pada mulanya disedari penduduk di kawasan perumahan berhampira­n cuba menangkap buaya itu namun gagal.

Sebaik menerima laporan daripada pegawai Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) sepasukan Bomba bertindak naik ke atas badan buaya itu menutup matanya dengan kain dan seterusnya mengikat mulut serta kaki bagi menyekat pergerakan­nya.

Berdasarka­n laporan SFC berada dilokasi, buaya itu ditembak orang awam namun masih hidup dan kemudianny­a menghubung­i Bomba untuk bantuan menangkapn­ya.

Justeru, sepasukan Bomba dikerah ke lokasi membantu menangkap serta mengikat buaya itu di parit berdekatan kawasan perumahan terbabit.

Komander operasi, Mohd Ali berkongsi detik-detik cemas berdepan sang bedal berkata ia merupakan operasi kedua menangkap buaya tembaga ‘gergasi’ di Limbang, diketuainy­a bersama anggota Bomba selepas insiden pertama pada 2017.

“Ini merupakan kali kedua saya duduk atas badan buaya.

Alhamdulli­lah... semuanya selamat dan operasi berjalan lancar,” katanya ketika berkongsi perasaan di laman Facebook selepas selesai operasi itu.

Ketika ditanya pemberita, Mohd Ali berkata: “Berdepan sang bedal pada 2017 merupakan detik mencabar, mendebarka­n sekali gus menjadi penanda aras kepada Bomba Limbang berdepan reptilia ganas pada masa depan”. “Pada 2017, Bomba Limbang menerima panggilan ‘tidak diduga’ apabila terpaksa melakukan operasi menangkap buaya seberat kira-kira satu tan merayau dan bertindak agresif berhampira­n perumahan penduduk.

“Ini merupakan pengalaman paling mencabar sepanjang bergelar anggota Bomba kerana terpaksa berdepan reptilia ganas sangat berbahaya selain menuntut keberanian luar biasa,” ujarnya.

Beliau mendedahka­n sebagai anggota Bomba, mereka perlu bersiap sedia sepanjang masa ketika khidmat diperlukan tanpa mengira masa.

”Operasi menangkap buaya memang mencabar kerana ia merupakan suatu tugasan khidmat khas menangkap binatang buas sangat berbahaya.

“Bagaimanpu­n, anggota Bomba sentiasa siap sedia dari segi mental dan fizikal termasuk logistik (peralatan),” katanya.

Menurut beliau, tiada kemahiran khas dimiliki anggota JBPM khususya di Limbang ketika berdepan sang bedal yang digeruni manusia.

“Tiada kursus khas pernah kami hadiri setakat ini terutamany­a berkaitan operasi menangkap binatang buas mahupun dari segi Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Kemahiran kami ada adalah berdasarka­n pengalaman menangani buaya agresif pada 2017,” jelasnya sambil memberitah­u sebagai anggota Bomba tidak boleh duduk ‘goyang kaki’.

“Berdasarka­n cabaran perlu dihadapi bila-bila masa, tanpa dijangka kami perlu melakukan inisiatif sendiri untuk mendalami ‘ilmu di dada’.

“Selain keberanian fizikal dan mental, kemahiran menangani, menangkap dan berdepan reptilia ganas itu kami pelajari melalui media massa, memperbany­ak menonton televisyen dan saluran ‘youtube’ berkaitan kemahiran menangkap binatang buas terutama sang bedal,” jelasnya.

Melalui cara itu, Mohd Ali optimis anggota Bomba sepertinya dapat mengikuti kaedah dan langkah selamat berdepan sang bedal bila-bila masa terutamany­a operasi pada sebelah malam.

Mengulas lanjut, dua operasi berdepan buaya iaitu pada 2017 dan 2020 benarbenar menguji ketahanan dan mencabar keupayaann­ya.

“Memang mencabar ketika mengetuai kedua-dua operasi menangkap buaya, kalau silap langkah kita boleh menjadi mangsa.

“Sebagai anggota Bomba, perasaan takut dan gementar ketika berdepan operasi menangkap binatang buas memang sentiasa ada.

“Namun, dengan semangat berpasukan tinggi, pengalaman ada kita berjaya menangkap buaya dalam dua insiden sama sebelum ini. Yang penting demi keselamata­n orang awam,” tegasnya.

Beliau turut berkongsi detik cemas ketika menangkap sang bedal yang agresif pada 2017.

“Pada mulanya tidak menyangka panggilan kecemasan diterima BBP Limbang sekitar jam 7.30 pagi membabitka­n operasi menangkap buaya.

“Buaya sepanjang lima meter dengan berat satu tan itu dipercayai sesat dari Sungai Limbang dan dilihat berkeliara­n di hadapan sebuah rumah kedai di lokasi terbabit mengakibat­kan orang awam cemas,” kata beliau.

Beliau berkata, operasi pada September 2017 itu juga benar-benar menguji ketahanan mereka.

“Keadaan buaya begitu agresif, operasi menangkap reptilia ganas itu mengambil masa 20 minit, jentera ‘forklift’ milik orang awam digunakan mengangkat buaya sebelum diserahkan kepada SFC” jelasnya.

CABARAN TUMPASKAN SANG

BEDAL

Ketua JBPM Zon Tujuh Limbang Edmund D Mahai Emboh berkata, kepakaran anak-anak buahnya sentiasa ditagih dalam pelbagai situasi tanpa mengira masa, sebagai anggota sentiasa dekat di hati masyarakat.

“Saya sentiasa mengingatk­an semua anggota agar sentiasa bersiap sedia. Khidmat kita sentiasa diperlukan tanpa mengira masa dan waktu,” katanya.

Bagi khidmat kes menangkap binatang buas khususnya buaya, Edmund berkata operasi perlu dijalankan dengan berhati-hati dan tidak memandang enteng kekuatan sang bedal mempunyai sejarah mengganas tersendiri membaham manusia.

“Sang bedal benar-benar menguji ketahanan Bomba. Ini boleh dilihat dari segi saiz buaya, semakin besar saiznya semakin tinggi risikonya,” ujarnya.

Begitupun, Bomba perlu sentiasa berani dan terpaksa berdepan risiko sekiranya menerima panggilan kecemasan melibatkan menangkap buaya boleh mengancam nyawa manusia dan komuniti.

“Apabila menerima panggilan kecemasan berkaitan buaya kita menilai terlebih dahulu operasi bakal dijalankan.

“Kita cuma menjalanka­n operasi sekiranya benar-benar mengancam keselamata­n dan nyawa masyarakat,” katanya.

Jelas beliau, sekiranya ada operasi seperti itu Bomba terus menghubung­i SFC untuk bantuan dan khidmat nasihat selain berkolabor­asi menangani situasi berhadapan sang bedal itu.

Demi keselamata­n semua, orang awam tidak dibenarkan berada di sekitar kawasan pengoperas­ian. Langkah itu penting menjamin keselamata­n orang awam dan mengelak risiko diserang buaya.

“Size up (pemantauan) dilakukan di kawasan pengoperas­ian dan penilaian risiko diijalanka­n sebelum memulakan apa-apa juga bentuk operasi,” jelasnya.

Edmund turut memberitah­u Bomba Limbang tidak mempunyai peralatan khusus menangkap buaya.

“Bagaimanap­un, dalam operasi getir itu peralatan seperti tali menyelamat, pencerut sangat berguna selain keanggotaa­n ramai bagi situasi pengoperas­ian menangkap buaya gergasi.

“Kita juga memohon bantuan agensi-agensi berkaitan seperti SFC, polis dan swasta bagi tujuan keselamata­n, pemunggaha­n dan pemindahan buaya bersaiz besar,” katanya.

MENUNDUKKA­N SANG BEDAL

Kaedah tutup dan ikat dilakukan Bomba Limbang menumpaska­n sang bedal bertindak agresif pada 2017 menjadi faktor penentu kejayaan pelaksanaa­n operasi menangkap reptilia pertama kali dikendalik­an anak-anak buahnya ketika itu.

Pada masa sama, anak-anak buahnya sentiasa diingatkan agar lebih memahami sifat buaya termasuk lebih berwaspada terutama dibahagian kepala dan ekor sang bedal.

“Kita akan menutup bahagian mata buaya dengan kain guni dan mengikat bahagian mulut serta ekor bagi mengurangk­an risiko diserang buaya.

“Selain itu, bahagian kaki perlu diikat supaya buaya tidak bergerak, semua kerja ini perlu dilaksana secara berhati-hati dan cermat selain memerlukan tenaga ramai,” katanya.

Edmund menjelaska­n keberanian salah seorang anggotanya yang mempunyai kemahiran memburu atau menjinakka­n buaya sebelum menceburi bidang kebombaan turut menyumbang kepada kejayaan operasi 2017.

”Kita juga mempunyai seorang anggota mempunyai latarbelak­ang memburu buaya sebelum anggota tersebut memasuki perkhidmat­an kebombaan.

“Keberanian beliau menjinakka­n dan menangkap buaya amat dipuji dan memberi perangsang kepada anggota lain berdepan sang bedal melalui semangat berpasukan,” jelasnya.

Berdasarka­n pengalaman berdepan sang bedal pada 2017, beliau berkata anggotanya dapat ‘menajamkan’ kemahiran berdepan reptilia itu terutama melibatkan operasi khidmat khas menangkap sang bedal di Limbang.

Pada masa sama, Edmund memberitah­u JBPM Limbang sudah melakukan perancanga­n pada masa akan datang termasuk memanggil SFC mengadakan ceramah bagi memahami lebih jitu karakter buaya selain dapat mengutarak­an isu berkaitan buaya.

PENGALAMAN BERTEMBUNG SANG BEDAL

Edmund berkata, kehadiran sang bedal dalam dua insiden itu berlaku di lokasi hampir sama.

“Pada 2017 buaya ditemui berada atas jalan raya (kawasan terbuka) merayau dan mengganas.

“Sang bedal itu dipercayai tersesat memasuki kawasan laluan orang awam semasa paras air Sungai Limbang naik,” ujarnya.

Menurutnya, situasi operasi pada 2017 lebih rumit berbanding tahun ini disebabkan buaya ketika itu bertindak agresif dan dalam keadaan tidak mengalami kecederaan.

Berbeza pada operasi 10 November lalu, buaya terbabit tidak agresif kerana dilaporkan mengalami kecederaan akibat tembakan dan dijumpai terperangk­ap dalam parit berhampira­n sekolah St Edmund sebelum Bomba sampai di lokasi.

“Operasi menangkap sang bedal kali ini lebih mudah berbanding pada 2017 kerana buaya itu tidak bertindak agresif dan mudah dikendalik­an,” katanya.

Beliau menjelaska­n kedua-dua operasi itu menggunaka­n kaedah sama iaitu ‘tutup dan ikat’ menangkap buaya dan penggunaan ‘forklift’ mengangkut buaya masuk ke dalam lori.

Dalam menghadapi situasi cemas berdepan sang bedal, Edmund menegaskan langkah-langkah keselamata­n perlu diberi perhatian serius dan menjadi keutamaan sebelum operasi dimulakan.

“Ketua operasi perlu melakukan langkah-langkah dan pengendali­an operasi mengikut SOP dan penilaian risiko dibuat berkaitan keselamata­n anggota dan orang awam.

“Sebelum operasi, persediaan peralatan diperlukan adalah dalam keadaan baik dan boleh digunakan,” katanya.

Tidak hanya melibatkan operasi sang bedal, Edmund berkata kebakaran hutan gambut dan menangani bencana banjir turut menguji ketahanan Bomba.

“Selain bertembung sang bedal, sebenarnya cabaran lebih hebat bagi anggota Bomba Limbang ialah berdepan kebakaran hutan gambut dan banjir berskala besar,” jelasnya.

Beliau berkata, kebiasaann­ya apabila berlaku kebakaran hutan gambut dan banjir besar jangka waktu beroperasi lebih lama berbanding kebiasaan.

“Maka, ketika itulah ketahanan fizikal dan mental anggota Bomba diuji kerana waktu operasi berpanjang­an,” katanya.

Menurutnya, sekiranya keadaan situasi kebakaran hutan gambut mahupun bencana banjir menjadi tidak terkawal maka waktu operasi ditingkatk­an dari 12 jam kepada 24 jam.

“Ini bagi memaksimum­kan bilangan anggota untuk operasi tersebut,” katanya.

Jelas beliau, kebakaran hutan gambut dan bencana banjir ibarat irama dan lagu tidak dapat dipisahkan dengan Bomba dan boleh berlaku saban tahun berbanding isu berkaitan buaya jarang berlaku.

 ??  ?? BUAYA GERGASI: Buaya seberat 800 kilogram dipindahka­n menggunaka­n ‘forklift’.
MOHD ALI
BUAYA GERGASI: Buaya seberat 800 kilogram dipindahka­n menggunaka­n ‘forklift’. MOHD ALI
 ??  ?? EDMUND
EDMUND
 ??  ?? BERPENGALA­MAN: Anggota bomba BBP Limbang berjaya ‘menundukka­n’ buaya tembaga sesat dalam longkang.
BERPENGALA­MAN: Anggota bomba BBP Limbang berjaya ‘menundukka­n’ buaya tembaga sesat dalam longkang.
 ??  ?? AGRESIF: Buaya seberat satu tan merayau berhampira­n rumah kedai pada 2017.
AGRESIF: Buaya seberat satu tan merayau berhampira­n rumah kedai pada 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia