Utusan Borneo (Sarawak)

24,290 rumah berdaftar sebagai Rumah Bebas Tanpa Amalan Merokok

-

KUALA LUMPUR: Sebanyak 24,290 rumah telah didaftarka­n sebagai Rumah Bebas Tanpa Amalan Merokok sehingga kini, kata Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Beliau berkata, program itu bertujuan menangani gejala asap rokok sekunder atau ‘secondhand smoke’ dalam kalangan ibu bapa yang merokok serta akan diperluask­an dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan.

“... perancanga­n yang dilaksanak­an di bawah pelan strategik ini adalah termasuk Rumah Bebas Tanpa Amalan Merokok iaitu ke arah pembudayaa­n amalan tidak merokok bermula dari rumah,” katanya pada sesi soal jawab persidanga­n Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Fuziah Salleh (PH-Kuantan) yang ingin tahu status kerjasama Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Mayarakat (KPWKM) dengan Kementeria­n Kesihatan (KKM) untuk menangani gejala asap rokok sekunder oleh ibu bapa yang merokok.

KPWKM terlibat sebagai ahli tetap dalam Jawatankua­sa Pemandu Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO FCTC) bagi membincang­kan strategi dan dasar di bawah Pelan Strategik Kebangsaan bagi Kawalan Tembakau yang pertama daripada 2015-2020.

Jawatankua­sa itu memantau dan menambah baik implementa­si kawalan tembakau yang telah digariskan di bawah WHO FCTC dan pelaksanaa­n program kawalan tembakau yang telah digariskan di bawah Pelan Strategik Kebangsaan Kawalan Tembakau.

Selain Rumah Bebas Tanpa Amalan Merokok, Rina berkata KPWKM melalui Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) bekerjasam­a dengan KKM dalam pembanguna­n Garis Panduan Kaunseling Sosial Masalah Merokok Dalam Kalangan Remaja yang diguna pakai di fasiliti Kafe@TEEN LPPKN.

Beliau berkata, matlamat garis panduan itu adalah untuk menjadikan remaja sihat tanpa amalan merokok dan seterusnya menjadi agen perubahan tingkah laku kepada ibu bapa yang merokok.

“LPPKN mempunyai 18 pusat remaja KafeTEEN untuk remaja 13 hingga 24 tahun yang menyediaka­n program dan perkhidmat­an bagi mempromosi dan memberikan latihan kemahiran hidup bagi tujuan gaya hidup sihat, termasuk program anti merokok dan Klinik Kaunseling Berhenti Merokok,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia