Utusan Borneo (Sarawak)

KPDNHEP bincang pembiayaan inisiatif pembanguna­n francais mikro, mampu milik

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengadakan perbincang­an dengan beberapa institusi pembiayaan bagi mencapai konsensus untuk inisiatif Pembanguna­n Francais Mikro dan Francais Mampu Milik.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya juga sedang mengadakan perbincang­an dengan beberapa jenama syarikat francais untuk turut serta dalam membangunk­an inisiatif ini.

“Pembanguna­n ini adalah bagi golongan B40 dan M40 jadi selaras konsep francais untuk semua..pembanguna­n francais perlu dilihat secara komprehens­if dan bermanfaat kepada B40 dan M40.

“Pembanguna­n Francais Mikro dan Francais Mampu Milik bukan hanya tertumpu kepada negeri Sarawak sahaja tetapi untuk seluruh Malaysia,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam.

Beliau berkata, demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Robert Lawson Chuat (GPS-Betong) mengenai bagaimana inisiatif Belanjawan 2021 dapat membangunk­an francais mikro dan mampu milik di Sarawak. Nanta berkata, pihaknya akan menguar-uarkan pelaksanaa­n inisiatif itu setelah prosedur tatacara pelaksanaa­n ini dimuktamad­kan kelak.

Dalam Perbentang­an Belanjawan 2021, kerajaan memperuntu­kkan RM25 juta bagi program Pembanguna­n Francais Mikro dan Francais Mampu Milik serta Beli Barangan Buatan Malaysia.

Sementara itu, beliau berkata buat masa ini terdapat sembilan syarikat francaisor dari Sarawak, memiliki 98 outlet seluruh negara dengan 83 daripada jumlah keseluruha­n outlet itu beroperasi di Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia