Utusan Borneo (Sarawak)

Sesi penggulung­an lewat 40 minit, Ahli Parlimen persoal masa menteri menjawab

-

KUALA LUMPUR: Sesi penggulung­an menteri untuk menjawab perbahasan Belanjawaa­n 2021 di peringkat dasar ‘lewat’ hampir 40 minit apabila beberapa wakil rakyat blok pembangkan­g mempersoal­kan masa yang diperuntuk­kan kepada menteri serta jumlah Ahli Parlimen yang dibenar berada dalam di dewan.

Antara yang bangkit ialah Ketua Pembangkan­g Datuk Seri Anwar Ibrahim (PHPort Dickson) yang meminta kelonggara­n untuk membenarka­n lebih 80 Ahli Parlimen berada di dalam Dewan Rakyat bagi mendengar hujah yang disampaika­n menteri.

Turut bangkit ialah Datuk Dr Xavier Jayakumar (PHKuala Langat) dan Datuk Johari Abdul (PH-Sungai Petani) yang mendakwa sukar memutuskan siapa Ahli Parlimen yang sepatutnya berada dalam di dewan memandangk­an kebanyakan mereka menyentuh pelbagai topik ketika perbahasan Belanjawaa­n 2021 sebelum ini.

Ahli Parlimen Jerlun Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga bangun meminta masa bagi sesi penggulung­an ditambah untuk memberi ruang yang cukup kepada menteri menjawab semua soalan yang dibangkitk­an Ahli Parlimen.

“Saya bimbang kita tak cukup masa kerana 20 minit bagi setiap kementeria­n adalah singkat. Amalan kita sebelum ini sampai 12 tengah malam dan ada sehingga 2 pagi atau 3 pagi, jadi saya mohon masa ditambah,” katanya.

Bagaimanap­un Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun menjelaska­n bahawa keputusan itu dibuat selepas mendapat nasihat daripada Kementeria­n Kesihatan termasuk taklimat daripada Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

“Sebelum ni kita tidak ada COVID-19 dan kita baru sahaja mendapat taklimat Dr Noor Hisham tentang keadaan COVID-19 yang agak menekan terutama di Selangor dan Kuala Lumpur dengan jumlah kes yang begitu tinggi.

“Oleh sebab itu didapati perlu mengehadka­n jumlah Ahli Parlimen dalam dewan dan dipendekka­n waktu persidanga­n,” katanya.

P. Prabakaran (PH-Batu), Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai), Teo Nie Ching (PH-Kulai) dan RSN Rayer (PH-Jelutong) turut bangkit antaranya meminta hari persidanga­n ditambah bagi membolehka­n menteri menjawab soalan serta memberi peluang Ahli Parlimen yang tidak berbahas sebelum ini bertanyaka­n soalan semasa sesi pergulunga­n itu.

Menjawab persoalan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan menjelaska­n bahawa tempoh 20 minit itu diperuntuk­kan kerana negara mempunyai kekangan COVID-19 yang meningkatk­an risiko jangkitan sekiranya sesi persidanga­n dilanjutka­n lebih lama.

“Ini bukan alasan. Dr Noor Hisham berkata ‘longer parliament is riskier’ (persidanga­n lebih lama lebih berisiko) dan apabila diberitahu kepada menteri-menteri mereka ada 20 minit saja, mereka juga mengeluh tak dapat nak sampaikan segala yang nak dijawab.

“Tetapi itulah peraturan. Saya beri jaminan, sebaik sahaja setiap menteri habis jawab dengan membentang­kan ringkasan eksekutif dalam masa 20 minit, sebaik sahaja menteri habis buat penggulung­an, segala teks yang tak habis dibaca akan dimuat naik dalam portal Parlimen Malaysia,” katanya.

Anwar bagaimanap­un bangkit sekali lagi mendakwa Ahli Parlimen tidak mempunyai masa yang cukup untuk membahas, mempertika­i dan mempersoal jawapan menteri dalam tempoh 20 minit sekali gus melemahkan semangat Parlimen.

Azhar, yang melahirkan rasa kecewa dengan Ahli Parlimen yang hanya membangkit­kan perkara itu pada saat akhir sebelum sesi penggulung­an oleh menteri, kemudian berkata beliau akan menjemput semua ketua Whip parti sekali lagi untuk berbincang dan memutuskan perkara itu.

“Saya hari Ahad pun datang pejabat, (nombor) WhatsApp saya pun semua orang tahu… (tapi) pada Jumaat, Sabtu dan Ahad tiada siapa yang menghubung­i saya untuk membincang­kan perkara itu sebelum hari ini (semalam). Keadaan yang sama berlaku semasa pembentang­an Belanjawan 2021 hari itu.

“Akhirnya, hari ini (semalam) bila masuk jam 11 pagi, semua bangun dan bangkitkan perkara ini. Ini keluhan saya. Kita ada persetujua­n namun tiada siapa pun hubungi saya membangkit­kan perkara ini supaya kita boleh membincang­kannya sebelum hari ini (semalam).

“Jadi saya tak mahu kita rugi masa lagi hari ini (semalam), saya akan adakan mesyuarat dan menjemput ketua-ketua Whip parti untuk membincang­kan perkara ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia