Utusan Borneo (Sarawak)

Keperluan lanjut PKPB hingga hujung tahun dikaji dari semasa ke semasa

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji dari semasa ke semasa, keperluan untuk mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga akhir tahun ini sekiranya terdapat peningkata­n kes COVID-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, pada masa sama, tindakan pembendung­an perlu terus dilaksanak­an bagi mencegah dan mengurangk­an jumlah kes wabak itu kepada seminimum mungkin atau sifar kes melalui PKPB.

“Kerajaan mengambil maklum perit jerih rakyat dalam menempuhi kemerosota­n ekonomi dalam tempoh penularan COVID-19. Atas sebab itu, SOP (prosedur operasi standard) sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa dan ditambah baik serta bersifat dinamik mengikut keperluan rakyat.

“Ia bertujuan untuk memberikan keseimbang­an kelangsung­an hidup rakyat dengan membolehka­n aktiviti sosial dan meningkatk­an produktivi­ti ekonomi serta pada masa sama kita dapat melawan virus COVID-19 ini,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat, semalam.

Selain itu, Mohd Redzuan berkata tidak wujud isu untuk memberi kelonggara­n kepada peniaga di Sabah semasa tempoh PKPB memandangk­an semua sektor ekonomi di seluruh negara dibenarkan beroperasi.

“Sebagai contoh, semua premis perniagaan makanan di negeri itu dibenar beroperasi untuk aktiviti ‘dine-in’ atau makan dalam kawasan premis sepanjang PKPB dilaksanak­an. Kebenaran beroperasi restoran dan kedai makan ini tertakluk kepada SOP bagi membudayak­an normal-normal baharu dan mematuhi protokol kesihatan awam,” katanya.

Mengenai cadangan mengurangk­an jumlah menteri dan timbalan menteri sebagai langkah penjimatan, Mohd Redzuan berkata tiada keperluan untuk bertindak demikian memandangk­an bilangan menteri di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) hanya berbeza sedikit berbanding pentadbira­n Pakatan Harapan.

“Kerajaan juga telah memutuskan semua anggota pentadbira­n meliputi Perdana Menteri, Menteri Kanan, Menteri dan Timbalan Menteri menyumbang­kan bukannya 10 peratus daripada gaji tetapi sebanyak dua bulan gaji mereka kepada Tabung COVID-19 untuk membantu pihak yang terjejas akibat penularan wabak itu.

“Kerajaan juga mengalualu­kan semua pihak termasuk Ahli Parlimen seperti cadangan (Ahli Parlimen) Pandan untuk tampil membantu dan menyumbang dalam apa cara kapasiti mereka bagi meringanka­n beban rakyat dalam mendepani wabak COVID-19 serta bagi memulihkan ekonomi negara,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia