Utusan Borneo (Sarawak)

204 syarikat, pengusaha pelanconga­n gulung tikar sejak Mac: Nancy

-

KUALA LUMPUR: Sebanyak 204 entiti perniagaan pelanconga­n dan perhotelan telah menamatkan perniagaan sejak Mac tahun ini berikutan impak penularan COVID-19 dan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarka­n data yang dikeluarka­n Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM), jumlah itu merangkumi 109 entiti berkaitan perhotelan, resort, motel, inap desa dan chalet, manakala 95 syarikat berkaitan agensi pelanconga­n dan pengendali aktiviti pelanconga­n.

“Bagi sektor berkaitan perhotelan, 32 daripada 109 adalah penggulung­an oleh mahkamah dan penggulung­an secara sukarela, manakala 38 daripada 95 agensi pelanconga­n juga tamat perkhidmat­an dengan penggulung­an oleh mahkamah dan penggulung­an secara sukarela,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BNMachang) yang ingin tahu jumlah hotel dan syarikat pelanconga­n yang gulung tikar sejak permulaan PKP hingga 31 Oktober, serta inisiatif kementeria­n kepada syarikat untuk menampung kos operasi sehingga pintu-pintu ekonomi kembali dibuka.

Nancy berkata, kementeria­n akan meneliti perkara itu selain mengadakan perbincang­an dengan agensi kerajaan yang lain serta persatuan berkaitan bagi mengenal pasti isu dan mencari penyelesai­annya.

Bagaimanap­un, beliau berkata sebanyak 135 syarikat dan pengusaha pelanconga­n yang memohon lesen baharu telah diluluskan bagi tempoh sama.

Sementara itu, Nancy berkata kementeria­n bercadang memohon peruntukan pembanguna­n kira-kira RM50 juta untuk Tapak Arkeologi Sungai Batu, Kedah sebagai pelan pusingan dalam Rancangan Malaysia Ke12, untuk tahun 2021.

“Pada akhir September lepas, kementeria­n telah melawat ke tapak arkeologi ini bersama pegawai EPU (Unit Perancanga­n Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri) dan menerangka­n perancanga­n jangka panjang serta peruntukan pembanguna­n yang diperlukan,” katanya menjawab soalan tambahan Nor Azrina Surip (PH-Merbok) yang meminta penjelasan berhubung peruntukan bagi tapak arkeologi itu yang ditarik balik sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia