Utusan Borneo (Sarawak)

Masjid diserang di Nigeria, lima maut

-

KANO: Penyerang bersenjata telah membunuh lima orang dan menculik 18 orang lagi dalam satu serangan ke atas sebuah masjid semasa solat Jumaat di wilayah Zamfara di barat laut Nigeria, menurut pihak polis kelmarin.

Kira-kira 100 pencuri lembu yang menunggang motosikal melepaskan tembakan ke arah jemaah di perkampung­an terpencil Dutsen Gari di daerah Maru ketika solat Jumaat.

“Penjahat membunuh lima orang dan menculik 18 lagi termasuk imam,” jurucakap polis persekutua­n Mohammed Shehu memberitah­u AFP.

Bagaimanap­un penduduk menyatakan lebih 30 orang telah diculik.

“Penyerang bersenjata telah menyerang masjid ketika imam berkhutbah sebelum menculik lebih 30 orang termasuk imam selepas menembak mati lima jemaah,” seorang penduduk, Ibrahim Altine, memberitah­u AFP.

Nigeria Barat Laut merupakan kawasan panas kumpulan penjenayah yang menyerbu kampung, mencuri lembu, menculik bagi mendapatka­n wang tebusan dan membakar rumah selepas menjarah bekalan makanan.

Kumpulan tersebut masih mempunyai kem di dalam hutan Rugu di antara daerah Katsina, Zamfara, Kaduna dan Niger yang menjadi pangkalan mereka.

Pengerahan anggota tentera dan rundingan damai dengan pihak berkuasa tempatan bagaimanap­un gagal untuk menamatkan serangan.

Tidak seperti pelampau Boko Haram, kumpulan penjenayah tersebut tidak mempunyai sandaran ideologi namun kebimbanga­n berkembang bahawa fahaman pelampau perlahan-lahan mempengaru­hi kumpulan itu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia