Utusan Borneo (Sarawak)

Brazil menyaksika­n lebih banyak protes antirasis

-

RIO DE JANEIRO: Tunjuk perasaan antirasism­e terbaharu berlaku kelmarin di luar pasar raya Carrefour di Brazil bagi membantah kematian seorang lelaki kulit hitam yang dipukul sehingga mati oleh beberapa pengawal keselamata­n kulit putih di sebuah cawangan kedai tersebut di Porto Alegre.

Satu rakaman video yang diambil pada malam Khamis di bandar selatan menunjukka­n jurukimpal Joao Alberto Silveira Freitas, 40, ditumbuk bertubi-tubi di bahagian muka dan kepala oleh seorang pengawal keselamata­n ketika mangsa sedang ditahan rakan sekerja suspek di sebuah pasar raya Carrefour.

Klip rakaman itu segera menular di dalam media sosial dan mencetuska­n pusingan pertama tunjuk perasaan pada Jumaat lepas ketika negara menyambut Hari Kesedaran Kaum Kulit Hitam.

Lebih banyak protes telah diadakan pada hari Sabtu semasa Silveira Freitas dikebumika­n.

Di Rio de Janeiro kelmarin, kira-kira 100 penunjuk perasaan telah berkumpul di sebuah pusat beli-belah di mana salah satu pasar raya milik kumpulan Perancis itu beroperasi, lapor beberapa wartawan AFP.

Tunjuk perasaan lain menarik beberapa orang yang menuntut pemboikota­n Carrefour di beberapa bahagian di negara itu termasuk di Salvador de Bahia atau Santos.

Penunjuk perasaan Ruo membawa kain rentang bertulis ‘Carrefour Bersifat Pembunuh’ dan ‘Black Lives Matter’, slogan terkenal di Amerika Syarikat (AS) semasa tunjuk perasaan membantah tindakan anggota polis membunuh golongan minoriti.

Dalam siri kenyataan ciapan dalam bahasa Portugis pada Jumaat lepas, CEO Carrefour Alexandre Bompard menyampaik­an ucapan takziah beliau atas perbuatan kejam tersebut

Beliau turut mengarahka­n penilaian lengkap terhadap latihan untuk para pekerja dan kakitangan luar bagi perkara melibatkan keselamata­n, menghormat­i perbezaan dan menolak sikap tidak bertoleran­si.

Djefferson Amadeus daripada Institut Pembelaan Orang Kulit Hitam yang menganjurk­an tunjuk perasaan di Rio kelmarinba­gaimanapun menyatakan, permohonan maaf tidak dapat lagi diterima setelah beberapa langkah dijanjikan namun setakat ini tiada sebarang tindakan diambil.

Penunjuk perasaan yang lain turut menyuaraka­n kebimbanga­n tersebut.

“Kami tidak akan berdiam diri ketika mereka terus membunuh rakyat kami,” kata Thais dos Santos, 23.

“Ini menunjukka­n bahawa sikap rasisme masih lagi wujud di Brazil, bukan sahaja di dalam pasar raya, malah juga di favela,” tambah beliau, merujuk kepada daerah miskin di Rio.

Pada Sabtu lepas, dalam ucapan beliau pada persidanga­n maya G20, Presiden Jair Bolsonaro sekali lagi menolak kenyataan rasisme berstruktu­r di Brazil, sebuah negara di mana kira-kira 55 peratus daripada 212 juta populasiny­a dikenal pasti sebagai kaum kulit hitam atau pelbagai kaum.

Pemimpin haluan kanan itu mengecam mereka yang ingin mencetuska­n konflik dan ketegangan dengan cuba mengimport ketegangan ke dalam negara yang bukannya sebahagian daripada sejarahnya. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KECOH: Para pekerja membersihk­an cat merah yang dihamburka­n di hadapan pintu masuk pasar raya Carrefour oleh penunjuk perasaan yang memprotes kematian Silveira Freitas di Rio de Janeiro, kelmarin.
— Gambar AFP KECOH: Para pekerja membersihk­an cat merah yang dihamburka­n di hadapan pintu masuk pasar raya Carrefour oleh penunjuk perasaan yang memprotes kematian Silveira Freitas di Rio de Janeiro, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia