Utusan Borneo (Sarawak)

13 mati dalam dua serangan kejam di Colombia

-

BOGOTA: Sekurangku­rangnya 13 dibunuh dalam dua pembunuhan beramairam­ai di beberapa bahagian berlainan di Colombia, menurut pihak berkuasa di sana kelmarin.

Pembunuhan berlaku di bahagian Antioquia di barat laut dan Cauca di barat daya, kawasan-kawasan yang teruk dilanda keganasan pada tahun ini.

Sejak Januari, Colombia telah mengalami beberapa pembunuhan beramai-ramai, dikatakan sebagai serangan di mana sekurang-kurangnya tiga orang terkorban, menjadikan 2020 sebagai tahun terburuk sejak perjanjian damai dimeterai pada 2016 dengan bekas gerila Pasukan Revolusi Bersenjata Colombia (FARC).

Di pekan Betania di Antioquia, lima penanam kopi dan tiga lagi telah terkorban dalam satu serangan kelmarin di sebuah ladang, menurut pihak berkuasa.

Kira-kira 10 lelaki bersenjata penuh telah memasuki sebuah asrama di ladang Gabriela dan melepaskan tembakan secara rambang, Datuk Bandar Betania Carlos Villada memberitah­u AFP.

Pembunuhan telah dipercayai sebagai dikaitkan dengan pengedar dadah.

Sementara itu, di pekan kecil Argelia di bahagian Cauca, sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan dua lagi tercedera dalam serangan oleh kumpulan yang sama di sebuah dewan, sebuah bar dan sebuah disko.

Serangan lain terbaharu turut menyasarka­n tempat hiburan malam.

Pemberonta­k haluan kiri Tentera Pembebasan Negara (ELN), anggota penentang FARC, kumpulan gerila yang menjadi parti politik dengan perjanjian damai 2016 dan pengedar narkotik telah bertelagah di kawasan itu bagi hasil pendapatan daripada penyeludup­an dadah dan perlombong­an haram.

Cauca terletak di sepanjang laluan penyeludup­an yang menghubung­kan Amerika Tengah dengan Amerika Syarikat (AS). — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MENGAKU: Gambar fail 21 Jun, 2019 menunjukka­n Wong bercakap kepada para penunjuk perasaan di luar ibu pejabat polis di Hong Kong.
— Gambar AFP MENGAKU: Gambar fail 21 Jun, 2019 menunjukka­n Wong bercakap kepada para penunjuk perasaan di luar ibu pejabat polis di Hong Kong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia