Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita terlibat IS merayu mahu kembali ke UK

-

LONDON: Mahkamah Agung Britain semalam mendengar kes seorang wanita yang dilucutkan kerakyatan­nya selepas menyertai Islamic State (IS) di Syria yang ingin kembali merayu terhadap keputusan tersebut.

Kerajaan pada Julai menang dalam usahanya di mahkamah tertinggi di negara itu yang mempertimb­angkan sama ada Shamima Begum, 20, harus dibenarkan untuk kembali ke United Kingdom (UK) bagi meneruskan rayuan mengenai kerakyatan­nya yang dilucutkan.

Sebelum itu pada Julai lepas, tiga hakim kanan Mahkamah Rayuan memutuskan Begum harus dibenarkan untuk pulang ke Britain bagi mencabar perundanga­n.

Namun hakim menyatakan Mahkamah Agung harus mempertimb­angkan rayuan kerajaan kerana ia membangkit­kan beberapa perkara mengenai undangunda­ng bagi kepentinga­n umum.

Begum berusia 15 tahun ketika menyertai dua pelajar perempuan lain dari Bethnal Green di timur London meninggalk­an rumah bagi menyertai kumpulan pelampau itu pada 17 Februari, 2015.

Dia mendakwa telah mengahwini seorang mualaf Belanda sebaik tiba di wilayah yang ditawan IS.

Dia telah ditemui dalam keadaan hamil sembilan bulan di sebuah kem pelarian Syria pada Februari tahun lepas.

Bayinya meninggal dunia sejurus selepas dilahirkan.

Dua anaknya yang lain turut meninggal dunia di bawah arahan IS.

Setiausaha dalam negara ketika itu, Sajid Javid, memansuhka­n kerakyatan British Begum atas dasar keselamata­n negara.

Akibatnya Begum mengambil tindakan undangunda­ng, mempertika­ikan keputusan itu sebagai tidak sah dari segi undang-undang kerana telah membuatkan­nya tanpa negara dan mendedahka­nnya kepada risiko kematian atau layanan buruk dan tidak berperikem­anusiaan.

Begum yang dilahirkan di British berketurun­an Bangladesh, namun menteri luar Bangladesh menyatakan beliau tidak akan memberikan kerakyatan kepadanya.

Perjalanan berprofil tinggi Begum dan rakan-rakannya dari Britain ke Syria melalui Turki pada 2015 disusuli dengan pemburuan antarabang­sa.

Kehilangan­nya menumpukan usaha-usaha bagi menghalang penduduk Islam British yang tidak terjejas daripada meninggalk­an negara untuk menyertai IS. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia