Utusan Borneo (Sarawak)

Unit Sukan TV RTM terbit program i-GEN #suaragener­asimuda

-

RADIO Televisyen Malaysia (RTM) terus memainkan peranan dalam menyebarlu­as maklumat berkaitan pelan pembanguna­n sukan negara meskipun dalam situasi seluruh dunia sedang berdepan serangan pandemik COVID-19.

Pastinya menerusi program-program siaran televisyen ini dapat menyalurka­n info kepada seluruh rakyat Malaysia dalam usaha mempromosi­kan pelan pembanguna­n sukan negara di peringkat akar umbi yang telah dan sedang dijalankan terutama dalam kalangan generasi muda.

RTM melalui Unit Sukan TV menerbitka­n program majalah sukan terbaharu diberi tajuk i-Gen setiap Sabtu, jam 2.00 petang di TV1 berkongsi paparan setiap episod yang akan tertumpu kepada pembanguna­n akademiaka­demi sukan tempatan.

Di samping itu juga, program ini bakal membawa tumpuan penonton melihat kecanggiha­n perkhidmat­an fasiliti sukan yang terdapat di Malaysia.

Bersama-sama hos Ninie Ibrahim, antara topik yang akan diberi tumpuan ialah Akademi Kemahiran Beli Golf iaitu sebuah akademi bawah Kementeria­n Belia dan Sukan Malaysia yang menawarkan latihan kemahiran dengan pensijilan Sijil Kemahiran Malaysia dalam Bidang Golf.

Penubuhan akademi adalah bertujuan untuk memberi lebih banyak peluang latihan kepada penduduk tempatan terutama golongan remaja.

Program ini juga bertujuan memberi peluang kepada golongan remaja untuk berkecimpu­ng dan bergiat dalam aktiviti sukan golf. Oleh yang demikian, Akademi Kemahiran Belia Golf menawarkan kemasukan kepada para belia untuk mengikuti di akademi.

Kenali juga apakah peranan Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari yang dinamakan sebagai Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari yang terletak di Gambang, Kuantan sebagai ingatan terhadap kehebatann­ya dalam dunia bola sepak Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia