Utusan Borneo (Sarawak)

Tuntutan palsu, pecah amanah: SPRM dijangka dakwa bekas CEO, isteri hari ini

-

PUTRAJAYA: Seorang bekas ketua pegawai eksekutif bergelar Datuk dan isterinya bakal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Jenayah Rasuah di Shah Alam, Selangor hari ini atas pertuduhan membuat tuntutan palsu dan pecah amanah berjumlah kirakira RM140 juta.

Menurut sumber Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pasangan suami isteri yang masing-masing berusia 63 tahun itu ditahan pada kira-kira jam 9.40 pagi semalam ketika hadir di ibu pejabat SPRM di sini untuk memberi keterangan.

Menurut sumber SPRM itu, individu bergelar Datuk tersebut bakal berdepan beberapa pertuduhan mengemukak­an tuntutan palsu bernilai kira-kira RM8 juta dan pertuduhan pecah amanah bernilai kira-kira RM132 juta dari 2013 hingga 2017.

Sementara isterinya yang merupakan pengarah sebuah syarikat swasta, dijangka menghadapi pertuduhan bersubahat melakukan kesalahan itu, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia