Utusan Borneo (Sarawak)

Kuiz ASEAN 2020 dapat sambutan hangat, rekod penyertaan tertinggi

-

KUALA LUMPUR: Pertanding­an Kuiz ASEAN 2020 Peringkat Kebangsaan yang berakhir pada Oktober lepas telah berjaya menarik 47,091 peserta sekali gus merekodkan penyertaan tertinggi dalam sejarah penganjura­nnya sejak 2002.

Program anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) dengan kerjasama Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementeria­n Luar Negeri (KLN) yang dilaksanak­an secara dalam talian bermula 1 hingga 31 Oktober lepas itu melibatkan dua kategori utama iaitu kategori murid sekolah menengah kerajaan atau swasta berumur 15 hingga 17 tahun dan kategori terbuka warganegar­a

Malaysia berumur 18 hingga 40 tahun.

Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital) JaPen Hashim Bedu berkata penyertaan melalui laman sesawang rasmi di www. penerangan.gov.my atau www.kuizasean.penerangan.gov.my itu melibatkan seramai 25,595 penyertaan daripada kategori murid sekolah menengah kerajaan atau swasta dan 21,496 penyertaan kategori terbuka warganegar­a.

Selangor mencatatka­n kadar penyertaan tertinggi iaitu 11,615 peserta diikuti Johor 4,680 orang, Kedah (4,122), Sabah (3,910), Pulau Pinang (3,330), Pahang (2,798) serta Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dan Putrajaya (2,619).

Selain itu, beliau berkata Perak mencatatka­n jumlah penyertaan seramai 2,486 orang diikuti Sarawak (2,282), Melaka (2,237), Terengganu (2,206), Negeri Sembilan (2,156), Kelantan (1,809), Wilayah Persekutua­n Labuan (548) dan Perlis seramai 293 peserta.

“Pertanding­an Kuiz ASEAN 2020 ini telah menarik dominasi penyertaan dan minat orang Melayu seramai 30,188 peserta, Cina (8,070), Bumiputera Sabah Sarawak (4,303) dan India 3,673 orang. Sementara, seramai 83 Orang Asli menyertain­ya, diikuti kaum lain, seramai 774 orang,” katanya kepada Bernama, di sini semalam.

Mengulas lanjut, Hashim berkata program tersebut yang diadakan secara dalam talian itu adalah satu kaedah terbaik bagi membuka ruang dan peluang yang lebih pantas untuk menarik lebih ramai penyertaan.

“Hebahan dan promosi merangkumi pelbagai media massa konvension­al seperti radio, televisyen dan penerbitan poster, hebahan Info On Wheels (IOW) JaPen, media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Youtube dan lain-lain juga antara lain yang membolehka­n program itu disertai ramai,” katanya.

Di bawah kategori murid sekolah menengah kerajaan atau swasta, pemenang pertama dimenangi Nur Azmira Arissa Azizi dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Abu Bakar Baginda, Selangor; tempat kedua Diana Batrisyia Mohd Kaikila dari SMK Bandar Seri Putra, Selangor dan tempat ketiga Ahmad Danish Hakim Ahmad Azmi dari SMK Clifford, Pahang.

Bagi kategori terbuka warganegar­a Malaysia pula, johan ialah Arizkhan Amin Kadda dari Sabah, naib johan Mohamad Najmuddin Ahmad Fauzi dari Pulau Pinang dan tempat ketiga Misha Nina Jean dari Sabah.

Kesemua pemenang masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM2,500 bagi johan, RM1,500 (naib johan) dan RM1,000 (tempat ketiga) berserta trofi dan sijil.

Selain itu, pemenang tempat keempat dan kelima juga membawa pulang hadiah wang tunai RM750 berserta sijil manakala sepuluh pemenang sagu hati bagi setiap kategori menerima hadiah wang tunai RM300 dan sijil.

Pertanding­anKuizASEA­N 2020 Peringkat Kebangsaan bertujuan untuk meningkatk­an tahap pengetahua­n dan kesedaran hal ehwal ASEAN malah meningkatk­an minat membaca serta menggalakk­an peserta mendapatka­n maklumat lanjut mengenai sesebuah negara anggota ASEAN berkaitan aspek kebudayaan, politik, ekonomi dan sosial negaranega­ra ASEAN.

Program tersebut mampu menyemai semangat kesefahama­n dan setia kawan dalam kalangan generasi muda bakal pemimpin dan peneraju masa depan ASEAN dan seterusnya meningkatk­an minat membaca dan kaedah pencarian maklumat dalam kalangan peserta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia