Utusan Borneo (Sarawak)

YWP ambil tindakan undang-undang terhadap Wong dan bukan PAC

-

KUALA LUMPUR: Yayasan Wilayah Persekutua­n (YWP) semalam menegaskan bahawa ia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Ipoh Timur Wong Kah Woh atas kapasiti peribadiny­a, kerana didakwa menjatuhka­n kredibilit­i badan itu.

Menurut kenyataan YWP, badan itu tidak mempertika­i atau mengambil tindakan undang-undang ke atas Jawatankua­sa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebaliknya ke atas Wong secara peribadi kerana telah membuat tiga pertuduhan palsu berhubung penjualan tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Berdasarka­n peruntukan Perlembaga­an dan undangunda­ng, YWP berhak mempertaha­nkan diri di atas beberapa tuduhan berkenaan.

“Tuduhan pertama Wong ialah Menteri Wilayah Persekutua­n dan Datuk Bandar Kuala Lumpur secara automatik dilantik menjadi Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan terlibat dalam penjualan tanah DBKL, keduanya penglibata­n YWP dalam penjualan 97 tanah DBKL termasuk Taman Rimba Kiara,” menurut kenyataan YWP semalam.

Tuduhan ketiga yang dibuat oleh Wong adalah YWP sebagai sebuah syarikat yang didaftar di bawah Akta Syarikat tidak dipantau oleh sebarang pihak berkuasa.

“YWP menafikan segala pertuduhan itu sekerasker­asnya dan mempertaha­nkan nama baik pihak YPW, agar dapat meneruskan usaha membantu warga Wilayah Persekutua­n yang kurang berkemampu­an dan memerlukan,” katanya.

Pada Khamis (19 November), Wong selaku Pengerusi PAC dilaporkan mengingatk­an YWP supaya tidak mengugut ahli jawatankua­sa PAC dengan tindakan undang-undang, susulan dakwaan berhubung penjualan tanah milik DBKL.

Menurut Wong, sebarang tuduhan atau ugutan terhadap PAC berhubung isu yang disiasat jawatankua­sa itu boleh dianggap mencampuri bidang kuasa Parlimen dan salah di sisi undang-undang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia