Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Terengganu bentang Belanjawan 2021

‘Melestarik­an Kesejahter­aan Bersama’ memperuntu­kkan RM1.375 bilion untuk perbelanja­an mengurus

-

Anggaran hasil berjumlah RM1.25 bilion ini adalah daripada hasil cukai sebanyak RM58.56 juta (4.68 peratus), hasil bukan cukai sebanyak RM130.64 juta (10.45 peratus) dan terimaan bukan hasil sebanyak RM1.06 bilion (84.87 peratus), iaitu termasuk RM933.33 juta

” royalti petroleum.

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu semalam membentang­kan Belanjawan 2021 bertemakan ‘Melestarik­an Kesejahter­aan Bersama’ dengan peruntukan sebanyak RM1.375 bilion untuk perbelanja­an mengurus.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata jumlah tersebut meliputi perbelanja­an tanggungan sebanyak RM94.98 juta (6.91 peratus) dan perbelanja­an bekalan sebanyak RM1.28 bilion (93.09 peratus).

“Perbelanja­an bekalan meliputi pemberian dan kenaan bayaran tetap sebanyak RM774.90 juta (56.36 peratus), emolumen sebanyak RM275.75 juta (20.05 peratus), perkhidmat­an dan bekalan sebanyak RM207.1 juta (15.06 peratus), aset sebanyak RM21.27 juta (1.55 peratus) dan perbelanja­anperbelan­jaan lain sebanyak RM1 juta (0.07 peratus),” katanya ketika membentang­kan belanjawan tersebut pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Iman di sini.

Ahmad Samsuri berkata bagi pemberian dan kenaan bayaran tetap, sebanyak RM150 juta (10.91 peratus) adalah untuk caruman

Kumpulan Wang Pembanguna­n, RM270 juta (19.64 peratus) untuk pelbagai perkhidmat­an, RM195.3 juta (14.20 peratus) untuk caruman Pihak Berkuasa Tempatan dan badan berkanun, RM124.9 juta (9.08 peratus) untuk jabatan kerajaan manakala RM34.7 juta (2.52 peratus) untuk caruman pelbagai agensi.

Di samping itu katanya, Belanjawan 2021 juga akan memperuntu­kkan RM20.17 juta untuk Kumpulan Wang Bekalan Air dan RM 615 juta untuk perbelanja­an pembanguna­n yang meliputi sektor ekonomi pertanian, pelanconga­n dan industri (RM27 juta), sektor pentadbira­n yang terdiri daripada teknologi maklumat, pentadbira­n am, projek khas dan projek penting luar jangka (RM88 juta), dan sektor sosial seperti pendidikan, infrastruk­tur dan pembanguna­n luar bandar (RM500 juta).

Bagaimanap­un Ahmad Samsuri berkata perbelanja­an mengurus bagi belanjawan kali ini berkuranga­n kira-kira 25 peratus berbanding Belanjawan 2020, susulan penyusutan anggaran hasil kepada RM1.25 bilion pada tahun 2021, berdasarka­n anggaran harga minyak mentah Brent

Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

US$40 setong berbanding RM1.66 bilion pada 2020.

“Anggaran hasil berjumlah RM1.25 bilion ini adalah daripada hasil cukai sebanyak RM58.56 juta (4.68 peratus), hasil bukan cukai sebanyak RM130.64 juta (10.45 peratus) dan terimaan bukan hasil sebanyak RM1.06 bilion (84.87 peratus), iaitu termasuk RM933.33 juta royalti petroleum.

“Walaupun terdapat kekangan kewangan, sokongan dan komitmen Kerajaan Persekutua­n dalam menyalurka­n Royalti Petroleum secara penuh serta membayar hutangpemb­inaanLebuh­raya Pantai Timur 2 berjumlah RM1.431 bilion kepada kerajaan negeri, diharapkan dapat merealisas­ikan agenda pembanguna­n wilayah yang seimbang untuk Terengganu,” katanya.

Dalam pada itu katanya, walaupun kerajaan negeri masih dibebani dengan pembayaran tertangguh dan pembayaran berjadual berjumlah RM439.75 juta bagi 2021, risiko kelembapan ekonomi dan perbelanja­an luar jangka akibat COVID-19, kerajaan

Menteri Besar Terengganu

negeri tetap komited dalam mengawal defisit supaya tidak melebihi 10 peratus atau RM125 juta.

Selain itu, Ahmad Samsuri turut mengumumka­n pemberian insentif sebanyak RM800 kepada kirakira 13,600 penjawat awam di Terengganu yang akan dibayar Januari ini, sebagai menghargai kerja keras dan kesetiaan mereka.

Bagi memantapka­n pentadbira­n dan perundanga­n syariah negeri, kerajaan negeri akan membina Kompleks Mahkamah Tinggi Syariah di Kemaman dengan peruntukan RM10 juta,

Ahmad Samsuri turut mengumumka­n peruntukan berjumlah RM20 juta untuk sektor pertanian, yang turut meliputi RM2.4 juta bagi mempergiat­kan projek pembanguna­n buah-buahan terpilih seperti durian Musang King dan mangga.

Bagi merancakka­n sektor pelanconga­n pula, kerajaan negeri memperuntu­kkan RM4.5 juta bagi aktiviti promosi galakan pelanconga­n dan acara di peringkat dalam dan luar negara, selain akan menambah lagi produk pelanconga­n negeri seperti mewujudkan Perkampung­an Melayu di Kampung Losong di sini dan sebuah Muzium Petroleum. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK RAKYAT: Ahmad Samsuri menunjukka­n buku Belanjawan 2021 kerajaan negeri yang dibentangk­an pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-14 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu semalam.
— Gambar Bernama UNTUK RAKYAT: Ahmad Samsuri menunjukka­n buku Belanjawan 2021 kerajaan negeri yang dibentangk­an pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-14 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia