Utusan Borneo (Sarawak)

PKPB : Majlis kahwin, tunang, resepsi tidak dibenarkan di Kelantan

-

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) menerusi Bahagian Undang-Undang Keluarga memutuskan untuk tidak membenarka­n penganjura­n majlis perkahwina­n, pertunanga­n dan resepsi di negeri ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Timbalan Pengarah (Pengurusan) JAHEAIK Tengku Kamaruddin Tengku Alias berkata arahan itu berkuat kuasa mulai semalam hingga PKPB ditamatkan.

Bagaimanap­un, majlis akad nikah masih dibenarkan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan syarat-syarat ditetapkan.

“Antara syarat yang perlu dipatuhi adalah majlis akad nikah dilaksanak­an di premis persendiri­an, masjid, surau atau seumpanya dengan boleh dihadiri oleh 20 orang tetamu sahaja termasuk seorang jurunikah, pengantin, wali dan saksi.

“Selain itu, kursus praperkahw­inan turut ditangguhk­an dan perkhidmat­an khidmat nasihat atau rundingcar­ahanyadija­lankan secara dalam talian,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia