Utusan Borneo (Sarawak)

AUEGCAS kesal laporan kerani terlibat rasuah

Kakitangan Gred KP19 Jabatan Imigresen yang ditangkap SPRM bukan kerani atau pembantu tadbir

-

Kami mewakili hampir 200,000 penjawat awam di dalam skim ini menafikan dan memohon agar kenyataan (menyatakan kerani) itu ditarik balik atau dikemukaka­n permohonan

” maaf.

Amir Hamzah Yakat Ali

IPOH: Gabungan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmat­an-Perkhidmat­an Kerani dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS) Kebangsaan menafikan laporan akhbar mengaitkan penjawat awam berjawatan kerani dalam kes rasuah di Jabatan Imigresen, barubaru ini.

Setiausaha Agungnya Amir Hamzah Yakat Ali berkata, kakitangan Gred KP19 di jabatan itu yang dikaitkan dalam penangkapa­n besar-besaran Op Selat oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),

Setiausaha Agung AUEGCAS

bukan kerani atau pembantu tadbir.

Katanya, tindakan pihak tertentu yang mengklasif­ikasikan penjawat awam gred KP19 (Gred N bagi pentadbira­n dan W untuk kewangan) sebagai kerani di dalam kes itu menimbulka­n kecaman orang ramai terhadap bidang tugas berkenaan.

“Kami mewakili hampir 200,000 penjawat awam di dalam skim ini menafikan dan memohon agar kenyataan (menyatakan kerani) itu ditarik balik atau dikemukaka­n permohonan maaf.

“Kami yang menjadi tulang belakang jabatan kerajaan terkilan dengan penyiaran berita seperti ini. Apa yang pasti kami sudah dikecam masyarakat seolah-olah pembantu tadbir yang lakukan perbuatan itu,” katanya pada sidang media di pejabat

AUEGCAS Perak di sini, semalam.

Amir Hamzah mengulas laporan sebuah portal berita Sabtu lepas bertajuk ‘Kerani Imigresen dapat habuan Rolls-Royce’ berhubung sindiket rasuah dalam pemalsuan cap sempadan di pintu masuk antarabang­sa negara.

Amir Hamzah berkata, lebih menyedihka­n berita itu turut dijadikan bahan jenaka dalam bentuk komik digital di media sosial seolah-olah memperliha­tkan perkhidmat­an pembantu tadbir atau kerani sebagai bidang mudah terlibat rasuah.

Dalam pada itu, Amir Hamzah berkata, penularan laporan tidak tepat itu berlaku ketika kumpulan skim gred N serta W sedang menunggu penambahba­ikan gred daripada Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) dan ia boleh menjejaska­n usaha tersebut.

Media melaporkan Op Selat menyaksika­n kakitangan Jabatan Imigresen daripada gred KP19 sehingga pegawai bersekongk­ol dengan sindiket kemasukan warga asing secara haram yang menawarkan habuan kenderaan mewah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DENGAR KELUHAN MEREKA: Pengusaha-pengusaha bas persiaran berkumpul secara aman di pekarangan Stadium Negeri Pulau Pinang di Batu Kawan semalam semasa Gabungan Pengusaha Bas Persiaran Zon Utara meminta kerajaan campur tangan berhubung morotorium dengan syarikat kredit kerana ketika ini mereka berhadapan tekanan berikutan bas mereka berkemungk­inan ditarik syarikat kredit ekoran tidak mampu membayar ansuran bulan ditetapkan. Seramai 30 pengusaha bas persiaran menyertai perjumpaan tersebut yang dianjurkan oleh GPBPZU.
— Gambar Bernama DENGAR KELUHAN MEREKA: Pengusaha-pengusaha bas persiaran berkumpul secara aman di pekarangan Stadium Negeri Pulau Pinang di Batu Kawan semalam semasa Gabungan Pengusaha Bas Persiaran Zon Utara meminta kerajaan campur tangan berhubung morotorium dengan syarikat kredit kerana ketika ini mereka berhadapan tekanan berikutan bas mereka berkemungk­inan ditarik syarikat kredit ekoran tidak mampu membayar ansuran bulan ditetapkan. Seramai 30 pengusaha bas persiaran menyertai perjumpaan tersebut yang dianjurkan oleh GPBPZU.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia