Utusan Borneo (Sarawak)

‘Smart Toilet’ Zoo Mini Teruntum dapat jimat kos elektrik hingga 50 peratus

-

KUANTAN: Majlis Perbandara­n Kuantan (MPK) menjangkak­an penggunaan ‘Smart Toilet’ atau tandas pintar di Zoo Mini Teruntum di sini, dapat mengurangk­an kos elektrik dan air serta kos penyelengg­araan hingga 50 peratus apabila mula digunakan pada tahun depan.

Yang Dipertua MPK Datuk Hamdan Hussin berkata teknologi sensor membolehka­n lampu dan kipas hanya dihidupkan ketika kemudahan itu digunakan selain turut memanfaatk­an sistem pengudaraa­n dan pencahayaa­n semula jadi.

“Selain itu, air hujan menjadi medium utama pam tandas bagi menjimatka­n bil yang terpaksa ditanggung oleh pengurusan zoo manakala penggunaan sensor untuk menyimbah air selepas digunakan boleh membantu aspek kebersihan tandas.

“Ini dapat menjimatka­n kos bayaran kontrak pembersiha­n tandas. Kita juga berharap ini secara tidak langsung mendidik pengunjung tentang penjimatan menerusi teknologi hijau,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program 1 Warga, 1 Ikan di zoo tersebut semalam.

Hamdan berkata Smart Toilet yang dibangunka­n oleh kontraktor tempatan dengan kos RM150,000 untuk enam buah tandas itu juga dapat memberikan keselesaan kepada pengunjung kerana pada masa ini zoo tersebut hanya mempunyai sebuah tandas.

Katanya penggunaan Smart Toilet di Zoo Mini Teruntum adalah projek rintis yang akan diperluas ke lokasi lain jika pelaksanaa­nnya mencapai matlamat, selari dengan misi MPK menjadikan Kuantan sebagai bandar lestari dengan elemen bandar pintar.

Mengulas mengenai program hari ini, Hamdan berkata sebanyak 100 ekor ikan koi dilepaskan di kolam zoo tersebut sebagai tarikan terbaharu, selain pelbagai spesies ikan sungai seperti lampam dan krai yang telah dilepaskan di situ dengan kerjasama Jabatan Perikanan Pahang bagi mendidik generasi muda mengenai spesies ikan air tawar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia