Utusan Borneo (Sarawak)

Terengganu umum Inisiatif Khas COVID-19 dengan peruntukan RM34.32 juta

-

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu semalam mengumumka­n Inisiatif Khas COVID-19 dengan peruntukan berjumlah RM34.32 juta melalui pelaksanaa­n lima inisiatif dalam usaha membantu rakyat yang terkesan susulan pandemik itu.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata melalui inisiatif berkenaan, seramai 48,500 isi rumah golongan B40 akan menerima bantuan tunai Cakna Rakyat Terengganu sebanyak RM200 secara sekali bayar membabitka­n peruntukan RM9.7 juta.

Katanya, sebanyak RM7 juta diperuntuk­kan bagi bantuan persekolah­an, RM5 juta bagi Tabung Darul Iman dan RM3.5 juta untuk Tabung Pemulihan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

“Kerajaan negeri juga memahami tekanan yang dihadapi oleh peniaga kecil dan penjaja. Dengan ini kerajaan negeri mengumumka­n tiada kutipan lesen peniaga kecil dan penjaja bagi tahun 2021.

“Kerajaan negeri turut tidak melupakan kebajikan golongan warga emas. Untuk itu, kerajaan akan melaksana program Pencen Rakyat dengan pembayaran RM600 secara sekali bayar,” katanya ketika membentang­kan Belanjawan 2021 bertema ‘Melestarik­an Kesejahter­aan Bersama’ pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di sini.

Dalam pada itu, Ahmad Samsuri berkata sebanyak RM7.52 juta diperuntuk­kan bagi melaksanak­an inisiatif meningkatk­an kebolehpas­aran dan kebolehgaj­ian golongan graduan, penganggur dan pekerja yang terjejas akibat diberhenti­kan, diberikan cuti tanpa gaji dan dipotong gaji.

Katanya, inisiatif berkenaan melibatkan program perantisan, latihan keusahawan­an dan kursus jangka pendek yang dilaksanak­an secara usaha sama dengan pelbagai pihak seperti Kursus Keusahawan­an Terengganu, Program Latihan Terengganu (TTP) dan Program Peningkata­n Skil Lepasan Sekolah Terengganu (TSEP-S).

Menurut beliau, kerajaan negeri turut mengumumka­n inisiatif pusat bersepadu pemasaran produk PKS yang menawarkan pilihan pakej fleksibel dengan yuran rendah untuk memasarkan barangan dan perkhidmat­an PKS secara lebih bersepadu, yang diurus tenaga pakar dalam bidang pemasaran digital.

“Inisiatif ini melibatkan kuantum berjumlah RM1.5 juta termasuk RM400,000 bagi menaik taraf aplikasi GanuShop,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri juga akan memberi pendidikan, latihan dan bimbingan pengurusan kewangan kepada individu dan isi rumah.

Ahmad Samsuri turut mengumumka­nperuntuka­nRM50 juta untuk Tabung Pinjaman Perumahan Rakyat Negeri Terengganu bagi membantu rakyat membina rumah di kawasan tanah sendiri.

Katanya, kerajaan negeri dengan kerjasama Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) memperuntu­kkan RM25.5 juta bagi menyediaka­n lebih banyak Rumah Darul Iman untuk golongan B40.

“Kerajaan negeri juga akan memperuntu­kkan RM16 juta untuk melaksana Projek Perumahan Terengganu­ku Sejahtera di seluruh DUN Terengganu bagi membaik pulih rumah yang mengalami kerosakan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia