Utusan Borneo (Sarawak)

Keselamata­n anak OKU diutamakan tiap kali banjir

-

ALOR GAJAH: Kasih ibu membawa ke syurga. Itulah perumpamaa­n bagi Zaiton Suman, 52, yang akan terlebih dahulu memastikan anak tunggalnya yang juga orang kelainan upaya (OKU) dipindahka­n ke tempat yang selamat setiap kali banjir melanda kawasan rumahnya.

Dalam kejadian banjir Khamis lalu, ibu tunggal dari Kampung Bukit Tambun, Durian Tunggal di sini, sempat menghantar anaknya, Muhammad Iman Farhan Abdullah, 15, yang terlantar sejak kecil, ke rumah jiran yang berada di kawasan lebih tinggi.

Katanya ketika kejadian, rumahnya yang berdekatan Sungai Garing dinaiki air setinggi 1.2 meter yang menenggela­mkan sebahagian besar harta benda di dalam rumah, termasuk perabot dan peralatan elektrik.

“Kali terakhir banjir teruk berlaku seperti kali ini adalah 14 tahun lalu. Dalam tempoh itu, setahun atau dua tahun memang ada air naik dan meneggelam­kan beranda rumah tapi tidaklah air naik setinggi baru-baru ini.

“Tetapi memang sudah menjadi kebiasaan, saya dengan dibantu anak saudara akan pindahkan Iman ke rumah jiran terdekat atau menumpang di surau berdekatan sementara menunggu air surut kerana bimbang keselamata­nnya,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini, semalam.

Zaiton berkata pada

Khamis malam kejadian, beliau bersama anaknya serta adiknya Zaihana, 42, yang tinggal bersama dibawa ke pusat pindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal sebelum dibenarkan pulang, Sabtu.

Katanya, banjir kali ini dianggarka­n membawa kerugian lebih RM15,000 kerana hampir semua barangan keperluan rumah seperti perabot, permaidani, peti sejuk, mesin basuh, televisyen dan sebagainya rosak kerana gagal diselamatk­an.

“Selepas dibenarkan pulang, banyak yang perlu dilakukan untuk membersih rumah sebab memang tidak sangka air kali ini naik hingga ke paras dada, semua barangbara­ng itu tidak boleh digunakan lagi dan ada yang terpaksa dibuang.

“Walaupun sedih, namun saya reda kerana ia perkara di luar kemampuan kita dan adalah ujian kepada saya supaya lebih bersabar,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTU MEREKA: Zaiton menguruska­n Muhammad Iman selepas dibenarkan pulang ke rumah di Kampung Bukit Tambun setelah dua hari ditempatka­n di pusat pemindahan sementara (PPS) ketika tinjauan di Alor Gajah, semalam.
— Gambar Bernama BANTU MEREKA: Zaiton menguruska­n Muhammad Iman selepas dibenarkan pulang ke rumah di Kampung Bukit Tambun setelah dua hari ditempatka­n di pusat pemindahan sementara (PPS) ketika tinjauan di Alor Gajah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia