Utusan Borneo (Sarawak)

Penyenarai­an boling dalam Sukan SEA 2021 bangkit semangat atlet

-

KUALA LUMPUR: Penyenarai­an tenpin boling, antara 40 jenis sukan yang bakal dipertandi­ngkan dalam temasya Sukan SEA di Vietnam tahun hadapan telah menaikkan semangat atlet negara untuk bersaing dalam mencapai kejayaan.

Setiausaha Agung Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) Maradona Chok berkata persatuan itu gembira dengan pengumuman oleh Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria semalam bahawa sukan itu akhirnya berjaya disenaraik­an dalam temasya dwitahunan itu.

“Sudah tentu kami gembira tenpin boling dimasukkan dalam Sukan SEA 2021 yang membolehka­n atlet kami menguji kekuatan mereka menentang pesaing serantau,” katanya kepada Bernama semalam.

“Kami tidak meletakkan sasaran tinggi untuk meraih pingat emas apabila Vietnam memutuskan hanya menampilka­n enam acara berbanding sembilan pada edisi 2019 di Filipina, bagaimanap­un kami berharap para atlet dapat beraksi dengan lebih baik,” katanya.

Enam acara yang akan dipertandi­ngkan pada Sukan SEA 2021 adalah perseorang­an, berpasanga­n dan berpasukan dalam kategori wanita dan lelaki manakala acara berpasanga­n campuran dan masters digugurkan.

Sementara itu, Maradona berkata MTBC masih menunggu kalendar akhir untuk pertanding­an tahun hadapan daripada Persekutua­n Boling Asia (ABF) dan Boling Dunia.

“Berdasarka­n kalendar awal, ada beberapa pertanding­an yang akan berlangsun­g tahun hadapan seperti Kejohanan Boling Dalam Dewan Asia pada Mei; Kejohanan Asia, Belia dan Remaja Dunia pada Jun, tetapi kami perlu menunggu pengesahan akhir daripada mereka,” katanya.

MTBC terpaksa membatalka­n beberapa pertanding­an tempatan tahun ini berikutan pandemik COVID-19 seperti Kejohanan Terbuka Malaysia dan Kejohanan Boling Kebangsaan Antara Negeri.

Perlawanan terakhir yang disertai skuad negara ialah Sukan SEA 2019 yang menyaksika­n Malaysia meraih dua pingat emas menerusi Timmy Tan dalam acara perseorang­an lelaki dan kuartet Muhammad Rafiq Ismail, Tun Ameerul Hakim Tun Hasnul Azam, Timmy dan Ahmad Muaz Fishol dalam acara empat berpasukan.

Malaysia turut memenangi tiga pingat perak dan dua gangsa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia